Amyra Rosli Dedah Cabaran 6 Bulan Pertama Bertudung – “Rasa Nak Tanggal Tapi Paksa Diri”

Semoga Amyra Rosli terus kekal istiqamah.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @aamyrarosli (Instagram)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bukan semua perjalanan hijrah itu mudah, dan pelakon popular Amyra Rosli sendiri akui, dia juga pernah hampir goyah dalam fasa awal bertudung

SAYS.com
Image via OhBulan!

Menurut laporan OhBulan!, baru-baru ini ketika ditemui di program Melodi Terhangat Superstar Tour di AEON Mall Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Amyra atau nama penuhnya Nur Amira Izzati Rosli, 35, secara jujur berkongsi detik mencabar ketika mula-mula berhijab.

"Daripada seorang yang freehair kepada yang ingin bertudung memang agak sukar pada mulanya untuk istiqamah. Macam saya, awal-awal bertudung, ambil masa enam bulan untuk biasakan diri. Pernah juga dalam tempoh itu rasa nak buka tudung.

"Saya bersyukur dikelilingi dengan suami dan keluarga yang sentiasa beri sokongan. Ada juga kawan-kawan cakap kalau saya tanggal tudung akan cetuskan kontroversi sebab saya seorang selebriti. Tapi sebenarnya, memakai tudung itu satu kewajipan untuk wanita Muslim.

"Lama-kelamaan dengan usia yang semakin matang, saya tahu untuk berfikir bagaimana mahu istiqamah. Apa jua kewajipan yang sudah ditetapkan oleh Allah, kita kena paksa diri kita. Jangan sesekali salahkan orang lain atau tunggu masa sesuai, kita sendiri tak tahu mati bila,"
katanya.

Rasa tak yakin dengan penampilan, tapi tetap teruskan

Isteri kepada aktor Amar Baharin itu juga tidak menafikan perasaan tak yakin dengan penampilan diri menjadi cabaran besar di awal perubahan.

Bayangkan seorang selebriti yang sudah terbiasa dengan dunia glamor, tiba-tiba kena adapt dengan imej yang lebih tertutup. Ia bukan mudah.

Namun, Amyra pegang pada satu perkara. Kalau niat kerana Allah, pasti Allah bantu.

Dalam usaha untuk lebih istiqamah, Amyra ambil langkah proaktif dengan menghadiri banyak kelas usrah untuk mendalami ilmu agama dan faham dengan lebih jelas apa makna sebenar berhijrah.

SAYS.com
Image via @aamyrarosli (Instagram)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik