Amir Raja Lawak Kehilangan Bapa Tercinta, Ramai Titip Doa & Ucapan Takziah

Salam takziah buat Amir dan keluarga.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas sekian lama berjuang melawan penyakit kanser, bapa kepada pelawak terkenal Amir Raja Lawak, iaitu Azmi Deris

Bapanya dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, malam tadi.

"Dukacita dimaklumkan abah saya Azmi (Abe Mie Usm) telah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi di HUSM Kubang Kerian. Apa-apa urusan saya akan bagitahu balik kat facebook ini ye

"Semoga abah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman, beramal soleh, solehah, dan ahli syurga, amin," tulisnya.

SAYS.com
Image via Amir Raja Lawak (Facebook)

Dedah hidap kanser usus sebelum meninggal dunia

Menurut Amir, jenazah bapanya akan disolatkan di Masjid Desa Rahmat pada jam 9 pagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Kenali, Kubang Kerian.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan bahawa sebarang perkembangan lanjut mengenai urusan pengebumian akan dimaklumkan melalui laman sosialnya.

Dalam masa sama, Amir yang juga bergelar pelakon dan pengacara turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan arwah bapanya.

"Terima kasih banyak-banyak pada yang mendoakan dan menghadiahkan bacaan al-Fatihah buat arwah abah saya," katanya.

Untuk rekod, pada pertengahan Julai lalu, Amir mendedahkan bahawa bapanya menghidap kanser usus selain keadaan kesihatan yang semakin uzur.

SAYS.com
Image via Amir Raja Lawak (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: