Amerika Syarikat Pertimbang Syarat Baharu, Pelancong Perlu Tunjuk Aktiviti Media Sosial Sepanjang 5 Tahun
CBP berkata, ia akan membuka tempoh maklum balas awam selama 60 hari terhadap cadangan itu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP) pada hari Selasa mencadangkan peraturan baharu yang akan mewajibkan pengembara dari empat negara Britain, Perancis, Jerman, dan Korea Selatan
Peraturan itu adalah untuk mengemukakan maklumat sejarah media sosial mereka sehingga tempoh lima tahun ke belakang.
Menurut laporan Anadolu Ajansi, cadangan ini adalah sebahagian daripada Program Penepian Visa AS (AS Visa Waiver Program).
Ia mensasarkan pelawat yang dibenarkan untuk memasuki AS bagi tempoh sehingga 90 hari tanpa perlu mendapatkan visa, asalkan mereka terlebih dahulu memperoleh kebenaran perjalanan elektronik (ESTA).

Gambar sekadar hiasan.
Image via The Story ExchangeRancang mendapatkan maklumat peribadi terperinci daripada pemohon
CBP menjelaskan dalam pemfailan rasminya bahawa ia merancang untuk mengumpul maklumat peribadi yang sangat terperinci daripada pemohon.
Selain sejarah media sosial, maklumat yang akan diminta termasuk alamat e-mel yang digunakan sepanjang 10 tahun yang lalu.
Tambahan pula, pemohon dikehendaki memberikan butiran mengenai ahli keluarga terdekat, seperti ibu bapa, pasangan, adik-beradik, dan anak-anak, merangkumi nama penuh, tarikh lahir, tempat lahir, dan tempat tinggal semasa mereka.
CBP menyatakan bahawa langkah ini adalah susulan daripada dasar kerajaan terdahulu yang telah pun memerlukan semakan media sosial untuk kategori visa tertentu, seperti visa pelajar, sarjana, dan pekerja mahir H-1B.
CBP berkata, ia akan membuka tempoh maklum balas awam selama 60 hari terhadap cadangan itu.

Gambar sekadar hiasan.
Image via BrownLike Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 