Amerika Syarikat Bakal Keluarkan Pasport Edisi Terhad Papar Imej Presiden Trump

Perkara tersebut mencetuskan perbincangan hangat kerana dianggap luar daripada kebiasaan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kosmo!
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Amerika Syarikat (AS) sekali lagi mencetuskan perdebatan selepas laporan mendakwa gambar Donald Trump akan dipaparkan dalam pasport edisi khas negara itu sempena ulang tahun ke-250 Deklarasi Kemerdekaan AS pada 2026

Menurut laporan Kosmo!, Jabatan Negara AS memaklumkan pasport edisi terhad itu akan dikeluarkan sebagai tanda memperingati detik bersejarah tersebut, tanpa sebarang caj tambahan kepada rakyat.

Jurucakap Jabatan Negara, Tommy Pigott berkata, rekaan pasport khas itu sedang disediakan bagi meraikan ulang tahun besar negara berkenaan.

Namun, perkara yang mencuri perhatian ialah laporan yang disiarkan semula oleh jurucakap Jabatan Negara melalui artikel Fox News, yang memaparkan imej Donald Trump bersama tandatangan beliau di dalam reka bentuk pasport edisi khas tersebut.

SAYS.com
Image via Kosmo!

Perkara tersebut serta-merta mencetuskan perbincangan hangat kerana dianggap luar daripada kebiasaan

Ia memandangkan kebanyakan negara lazimnya hanya menggunakan elemen sejarah, budaya atau alam semula jadi dalam dokumen rasmi seperti pasport.

Dalam kebanyakan pasport AS sebelum ini, rekaannya memaparkan simbol nasional seperti pendaratan manusia di bulan, Patung Liberty serta lokasi bersejarah penting negara itu.

Lebih menarik, ini bukan satu-satunya perubahan yang mencuri perhatian tahun ini. Bulan lalu, Jabatan Perbendaharaan AS turut mengesahkan bahawa tandatangan Donald Trump akan mula digunakan pada mata wang dolar, satu langkah yang turut dianggap luar biasa dalam sejarah kewangan negara itu.

Setakat ini, tiada kenyataan lanjut diberikan sama ada reka bentuk akhir pasport tersebut telah dimuktamadkan atau masih dalam proses perbincangan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via Kosmo!
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: