Ameera Khan Akhirnya Bersuara Selepas Dikecam Netizen Isu Palestin – “Diam Bukan Neutral”

Menurut Ameera, memilih untuk berdiam diri tidak bermaksud beliau berkecuali dalam isu kemanusiaan itu.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Netizen Malaysia kini melancarkan gerakan untuk menegur influencer yang didakwa 'senyap' berhubung isu genosid di Gaza

Antara yang menjadi sasaran ialah influencer terkenal, Ameera Khan, yang bukan sahaja dikritik kerana tidak bersuara mengenai Palestin, malah turut dikecam kerana mempromosikan jenama yang dikaitkan dengan sokongan terhadap Israel.

Selepas berdepan tekanan hebat, Ameera akhirnya memberi penjelasan melalui hantaran di Instagram. Menurutnya, memilih untuk berdiam diri tidak bermaksud beliau berkecuali dalam isu kemanusiaan tersebut.

SAYS.com
Image via @littlemisskhan (Instagram)

"Kerja saya tidak mencerminkan pendirian saya terhadap isu kemanusiaan, dan ia tidak mengubah apa yang saya percayai, atau siapa yang saya sokong.

"Kepercayaan dan kemanusiaan saya berdiri teguh bersama Palestin, sentiasa. Bebaskan Palestin, selamanya," katanya.

Hanya mampu doakan, hasrat nak buat lebih lagi

SAYS.com
Image via @littlemisskhan (Instagram)

Ameera turut meluahkan bahawa ketika ini beliau hanya mampu mendoakan keselamatan mereka yang berada di Flotilla Sumud, namun berhasrat untuk melakukan lebih banyak lagi pada masa akan datang.

Menerusi satu Instagram Story, Ameera mengingatkan bahawa individu yang berafiliasi dengan sesetengah jenama turut mempunyai komitmen dan sedang berusaha menyokong kebenaran dengan cara mereka tersendiri.

SAYS.com
Image via @littlemisskhan (Instagram)Image via

Dalam pada itu, kerajaan memaklumkan bahawa kesemua 23 rakyat Malaysia yang ditahan secara haram oleh tentera Israel telah pun diselamatkan

Mereka dijangka menjalani pemeriksaan perubatan di Turkiye sebelum pulang ke tanah air dalam beberapa hari lagi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik