Ambil Wuduk Angkat Kaki Dalam Singki Awam, Pelancong Indonesia Dikecam Rakyat Jepun
Difahamkan, lelaki terbabit dilihat membasuh kakinya di singki yang kebiasaannya digunakan untuk mencuci tangan, sekali gus mengundang rasa kurang senang masyarakat tempatan.
Cover image via Kosmo!Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, seorang pelancong dari Indonesia mengambil wuduk dengan mengangkat kaki ke dalam singki tandas awam di sebuah pusat beli-belah di Jepun mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen
Menurut laporan Kosmo!, rakaman itu menjadi tular selepas dimuat naik oleh seorang warga Jepun dikenali sebagai Haruka di platform Threads.
Difahamkan, lelaki terbabit dilihat membasuh kakinya di singki yang kebiasaannya digunakan untuk mencuci tangan, sekali gus mengundang rasa kurang senang masyarakat tempatan.
"Ini sangat tidak bersih dan bertentangan dengan budaya kebersihan Jepun. Kebanyakan orang di sini tidak mahu menggunakan singki itu selepas kejadian ini," katanya.

Untuk konteks, masyarakat Jepun sememangnya terkenal dengan tahap kebersihan awam yang tinggi
Justeru, menggunakan singki tangan untuk mencuci kaki dianggap tidak sesuai dan melanggar norma sosial di negara itu.
Susulan penularan video tersebut, ramai netizen tampil memberi reaksi, dengan sebahagian besar menegaskan kepentingan pelancong menghormati adat dan budaya tempatan apabila berada di luar negara.
"Pergi negara orang, ikut adat dan budaya mereka. Jangan buat sesuatu yang dilarang di negara orang. Kita melancong, pada masa sama bawa imej negara kita, jadi follow the rules," kata seorang pengguna.
Namun, ada juga yang melihat isu ini dari sudut berbeza dan berpandangan kemudahan awam yang lebih mesra Muslim wajar dipertimbangkan, khususnya di lokasi tumpuan pelancong.
"Kalau ada tempat wuduk khas, mungkin boleh dipertimbangkan oleh pihak mall. Senang untuk pelancong Islam ambil wuduk. Kasihan kadang-kadang terpaksa guna botol air bila ke negara orang. Dalam tandas dah tak ada paip, memang agak susah," kata seorang lagi warganet.
Insiden itu sekali lagi membuka perbincangan tentang sensitiviti budaya, adab melancong, dan keperluan fasiliti mesra Muslim di negara bukan Islam, apabila ia merupakan isu yang sering timbul saban tahun, terutamanya dengan peningkatan pelancong Muslim ke Jepun.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



