Amaran Hujan Lebat Berterusan Di Lima Negeri Hingga Esok – METMalaysia

Difahamkan, situasi itu akan berterusan sehingga esok.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & METMalaysia
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hujan lebat berterusan pada tahap bahaya dijangka akan berterusan untuk beberapa daerah di lima negeri

Menurut laporan di Harian Metro, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengatakan hujan akan berterusan di Kemaman, Terengganu, Maran, Kuantan dan Pekan di Pahang.

Tiga daerah di Selangor juga akan dijangka dilanda hujan berterusan iaitu Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Manakala Negeri Sembilan akan membabitkan Seremban dan Port Dickson.

Amaran hujan berterusan kategori buruk sehingga esok

"Amaran hujan berterusan bagi kategori buruk pula sehingga esok dijangka berlaku di beberapa daerah di lapan negeri iaitu Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan Melaka dan Johor." kata METMalaysia.

Di Perak, daerah yang terbabit ialah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

SAYS.com
Image via KosmoImage via

Seterusnya buat Terengganu pula, daerah terlibat ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

Bagi Pahang daerah yang terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin.

SAYS.com
Image via New Straits Times

Tambahan buat Selangor ialah di daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Amaran yang sama juga telah diberikan untuk daerah Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan berserta Tangkak, Segamat dan Muar di Johor.

"Amaran hujan berterusan kategori waspada hingga esok pula membabitkan beberapa daerah di Kedah, Perak dan Johor serta keseluruhan Pulau Pinang serta Kelantan,"
tambah METMalaysia lagi.

Semua yang terlibat dengan banjir dinasihatkan untuk menjaga keselamatan dan kebersihan untuk mengelak perkara tidak diingini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: