Aliff Syukri Pecah Rekod Malaysia Book Of Records, Jual Beg Tangan RM1 Juta Dalam 2 Minit 32 Saat!
Tahniah Datuk dan family!
Cover image via @aliffsyukriterlajaklaris (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman sekali lagi buktikan gelarannya sebagai Papa Laris apabila berjaya cipta rekod Malaysia menerusi The Malaysia Book of Records (MBOR) untuk jualan beg tangan RM1 juta terpantas melalui penstriman langsung
Apa yang mengagumkan, koleksi baharu Samma Bag Denim Edition yang dilancarkan malam Ahad semalam berjaya mencecah lebih RM1 juta dalam masa hanya 2 minit 32 saat. Fuhh memang power!
Jualan bermula pukul 8 malam di TikTok @papalarisofficial, dan sebaik saja ikon 'beg kuning' dibuka, pembeli terus menyerbu sehingga sasaran tercapai lebih awal daripada jangkaan.
Selebriti dan ahli perniagaan popular itu mengakui pada awalnya beliau target untuk mencapai RM1 juta dalam tiga minit. Namun siapa sangka, rezeki datang lebih awal daripada yang beliau sangka.

"Syukur Alhamdulillah. Sujud Syukur padamu Ya Allah, sejujurnya Papa sungguh tak sangka atas pencapaian ini.
"Terima kasih semua, terima kasih rakyat Malaysia yang menyokong kami malam ini kerana kami berjaya memecahkan Malaysia Book Of Record jualan tertinggi hanya dalam 2 minit 32 saat. Jumlah keseluruhan malam ni rm2.3 juta jualan," kongsinya.
Apa yang lebih seronok, pembeli bertuah malam itu juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah termasuk percutian ke resort miliknya, emas, pakej umrah, dan macam-macam lagi

"Kepada anda yang membeli jangan lupa buat 'unboxing' kerana kita cari 50 orang bertuah untuk memenangi hadiah. Kita ada gores dan menang, siapa dapat itu rezeki mereka. Terima kasih kepada pelanggan yang membeli," katanya.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



