Aliff Syukri Dahului Senarai Pembayar Zakat Perniagaan Tertinggi Di Selangor Dengan Bayaran RM2 Juta

Aliff Syukri meluahkan rasa syukur dapat menyumbang zakat sebanyak RM2 juta kepada asnaf di seluruh Selangor.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dato' Sri Aliff Syukri Kamarzaman sememangnya tidak asing lagi sebagai figura ikonik dalam dunia perniagaan dan media sosial di Malaysia

Di sebalik pelbagai kontroversi dan warna-warni kehidupan sebagai selebriti media sosial, beliau terus membuktikan bahawa fokus utamanya tetap kepada kelestarian empayar perniagaan dan tanggungjawab sosial.

Tahun 2025 menyaksikan Aliff Syukri bukan sahaja sibuk dengan pelancaran produk dan projek seni, malah beliau dilihat semakin aktif memastikan kebajikan masyarakat tidak dilupakan.

Melalui usaha gigih bersama isterinya, Datin Sri Shahida, pasangan ini terus menjadi inspirasi buat usahawan muda untuk sentiasa meletakkan elemen keberkatan dalam setiap rezeki yang diperoleh.

SAYS.com
Image via Aliff Syukri Terlajak Laris (Facebook)

RM2 juta zakat diserahkan buat asnaf Selangor

Sebagai tanda kesyukuran atas limpahan rezeki sepanjang tahun ini, satu majlis penyerahan zakat kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah selamat dilaksanakan bagi tahun 2025.

Penyerahan ini merupakan komitmen tahunan beliau dalam memenuhi tuntutan agama dan membantu golongan yang memerlukan.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Aliff Syukri menyuarakan rasa syukur yang mendalam apabila dapat menyumbang sebanyak RM2 juta untuk diagihkan kepada seluruh asnaf di negeri Selangor.

SAYS.com
Image via Aliff Syukri Terlajak Laris (Facebook)

Jelas beliau, perkongsian ini bukanlah bertujuan untuk berbangga dengan jumlah yang disumbangkan, sebaliknya merupakan manifestasi rasa terima kasih atas nikmat yang dikurniakan.

"Bukan kami bangga dengan jumlah yang disumbangkan, tetapi mama dengan papa bersyukur dengan jumlah sebanyak 2 juta ringgit bakal diagihkan kepada seluruh asnaf negeri Selangor," katanya.

Beliau turut menekankan kepentingan memberi semula kepada masyarakat terutama dalam mendepani situasi ekonomi semasa.

Malah, beliau sedar bahawa golongan asnaf amat memerlukan bantuan untuk persediaan anak-anak kembali ke sekolah, persiapan sambutan Hari Raya yang akan datang dan keperluan harian yang semakin meningkat.

SAYS.com
Image via Aliff Syukri Terlajak Laris (Facebook)

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik