Aliff Syukri Berang Rumahnya Jadi Sarang Pelacuran & Penagih Dadah – “Jangan Sampai Aku Lepuk Muka Kau”

Difahamkan, rumahnya itu diceroboh oleh lima lelaki dan seorang wanita warga asing.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Usahawan dan personaliti media sosial, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, membuat pendedahan mengejut apabila mendakwa salah sebuah rumah miliknya telah diceroboh dan dijadikan lokasi aktiviti pelacuran serta penyalahgunaan dadah

Perkara itu dikongsi sendiri oleh Datuk Aliff menerusi sebuah video yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya.

Dalam rakaman berdurasi lebih satu minit itu, beliau dilihat menyerbu sebuah rumah bersama beberapa individu lain dan mendapati seorang wanita warga asing berada di dalam premis berkenaan dengan berpakaian seksi.

SAYS.com
Image via @aliffsyukriterlajaklaris (Instagram)
SAYS.com
Image via @aliffsyukriterlajaklaris (Instagram)

Difahamkan, rumah tersebut dipercayai terletak di kawasan Sungai Buloh

Menurutnya lagi, beliau tidak mengetahui bahawa rumah tersebut telah diceroboh dan dijadikan tempat menjalankan kegiatan tidak bermoral.

Dalam kapsyen video tersebut, beliau meluahkan rasa kecewa dan kesal dengan kejadian itu.

"Papa sungguh tak sangka. Rumah papa kena ceroboh oleh orang tak bertanggungjawab. Rumah Papa, dibuatnya sarang pelacuran dan sarang dadah.

"MashaAllah, apa yang perlu papa buat? Papa buntu dan kecewa sangat sangat. Patut ke papa lepaskan atau Papa call Polis?"
luahnya.

Lihat video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik