Aktivis Itali Peluk Islam Ketika Dalam Tahanan Israel – “Rasa Macam Bayi Baru Lahir”
MashaAllah, hebat kuasa Allah SWT.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang aktivis dari Itali, Tommasa Bortolazzi, yang juga sukarelawan Global Sumud Nusantara (GSF), dilaporkan memeluk Islam ketika ditahan pihak berkuasa Israel baru-baru ini
Bercakap kepada wartawan di Istanbul, Turkiye, Bortolazzi menjelaskan keputusannya memeluk Islam dibuat atas pilihan peribadi, selepas melalui pengalaman getir bersama tahanan lain.
"Saya berada dalam misi (GSF) kerana merasakan itu adalah perkara terbaik untuk dilakukan. Saya boleh lakukan untuk rakyat Palestin dan juga negara saya kerana kami tidak boleh melihat pembunuhan beramai-ramai lagi.
"Hari-hari terakhir di dalam penjara, ia sangat sukar dan teman saya (tahanan lain) dari Turkiye dan hampir semuanya adalah Muslim. Kami berdepan detik mengerikan. Ada ketakutan kerana kami mempertaruhkan nyawa bersama-sama, namun kami tetap bersatu," katanya.

Terbuka hati untuk peluk Islam dan rasa seperti bayi yang baru dilahirkan
Bortolazzi mengakui hatinya terbuka selepas melihat keberanian rakan-rakan Muslim menunaikan solat walaupun dihalang polis dan tentera Israel.
"Pagi tadi, semasa mereka (rakan) solat, polis, tentera Israel masuk dan halang mereka (daripada solat). Saya merasakan ada keperluan untuk menentang ini.
"Selepas itu, bersama sahabat, saya mengucap kalimah syahadah. Saya pilih ini (memeluk Islam) untuk diri saya. Rasanya seperti bayi yang baru lahir dan saya sangat gembira," katanya.

Dalam video sama, seorang lelaki mendedahkan bahawa Bortolazzi sempat bertanya kepadanya sama ada Tuhan akan menerima dirinya sebagai Muslim meskipun dia bertatu
Lelaki itu menjawab 'ya' sebelum membimbingnya mengucap dua kalimah syahadah.
"Semasa di dalam kereta penjara, dia mengulangi syahadah yang saya ucapkan dan dia menjadi Muslim," katanya.

Lihat video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 