Aksi Berani Jadi Hero Di Bondi Beach, Ahmed Dihadiahkan AS$2.5 Juta Daripada Orang Ramai
Ahmed menegaskan tindakannya tulus demi menyelamatkan nyawa tanpa mengharapkan pujian atau ganjaran.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Susulan tindakan beraninya melucutkan senjata penyerang dalam tragedi tembakan di Pantai Bondi pada 14 Disember lepas, Ahmed al Ahmed kini menerima sumbangan dana berjumlah AS$2.5 juta (RM10.5 juta)
Dana yang dikumpul melalui sumbangan orang awam itu merupakan bentuk penghargaan atas keberaniannya berhadapan dengan salah seorang daripada dua lelaki bersenjata api dalam insiden di lokasi pelancongan popular tersebut.
Dia menerima sumbangan dana sebagai simbol penghargaan dan terima kasih daripada masyarakat atas keberaniannya.

Individu sampaikan sumbangan di hospital
Menerusi hantaran video oleh pembuat kandungan popular, @mdmotivator di TikTok, dia sendiri telah melawat Ahmed di hospital untuk menyampaikan berita gembira berkenaan.
"Seramai 43,000 individu telah menyumbang buat anda, dengan jumlah keseluruhan mencecah AS$2.5 juta (RM10.5 juta)," kongsinya kepada Ahmed.
Dalam pertemuan penuh emosi itu, Ahmed menegaskan bahawa tindakan beraninya itu bukan demi mengejar pujian atau ganjaran material, sebaliknya berpaksikan keikhlasan untuk menyelamatkan nyawa.
"Kita harus bangkit demi kemanusiaan dan memaafkan masa lalu. Bagi saya, menyelamatkan nyawa adalah tanggungjawab yang datang tulus dari hati," ujar Ahmed.
Mengimbas kembali kejadian tersebut, media sebelum ini melaporkan bahawa serangan tembakan itu telah diklasifikasikan sebagai serangan pengganas yang menyasarkan komuniti Yahudi di Sydney bersempena hari pertama sambutan Hanukkah.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 