Akses Media Sosial Pengguna Bawah 13 Tahun Bakal Disekat, Kerajaan Perketat Undang-Undang Demi Keselamatan Kanak-Kanak

Beliau menegaskan bahawa langkah ini bertujuan memastikan kanak-kanak tidak lagi terdedah kepada kandungan berbahaya, tidak bersesuaian atau eksploitasi siber.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Mari News & Utusan Malaysia
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan kini berada di fasa akhir membangunkan rangka perundangan baharu yang bakal mengubah cara platform media sosial beroperasi di Malaysia khususnya melibatkan pengguna bawah umur

Menurut laporan Sinar Harian, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menyiapkan 10 perundangan subsidiari di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866) bagi memperkukuh perlindungan kanak-kanak dalam talian.

"Di bawah perundangan subsidiari ini, pemberi perkhidmatan bertanggungjawab memastikan platform mereka tidak boleh diakses oleh pengguna di bawah umur 13 tahun dan wajib memastikan kandungan yang dipaparkan kepada pengguna di bawah umur 18 tahun adalah bersesuaian dengan tahap umur mereka.

"Selain itu, pemberi perkhidmatan juga perlu menyediakan pilihan tetapan dan kawalan ibu bapa selaras dengan garis panduan komuniti atau terma penggunaan mereka,"
katanya.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Beliau menegaskan bahawa langkah ini bertujuan memastikan kanak-kanak tidak lagi terdedah kepada kandungan berbahaya, tidak bersesuaian atau eksploitasi siber.

Platform perlu bentang 'pelan keselamatan dalam talian'

Bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti, penyedia perkhidmatan akan diwajibkan menyediakan Pelan Keselamatan Dalam Talian yang menjelaskan langkah pematuhan mereka terhadap Akta 866.

Ini termasuk bagaimana platform mengurus algoritma, melaksanakan verifikasi umur dan mengendalikan kandungan berisiko.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via theAsianparent Malaysia

"Akta 866 digubal bagi mengawal selia kandungan memudaratkan dan mengadakan peruntukan bagi kewajipan serta obligasi pemberi perkhidmatan aplikasi, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan dan pemberi perkhidmatan rangkaian yang dilesenkan.

"Kementerian Komunikasi melalui MCMC sebagai badan kawal selia industri komunikasi dan multimedia mengambil pendekatan menyeluruh bagi mengawal kandungan dalam talian yang memudaratkan serta melindungi golongan rentan khususnya remaja dan kanak-kanak.

"Untuk tujuan tersebut juga, Fahmi memaklumkan, beberapa undang-undang berkaitan telah digubal dan dilaksanakan termasuk menguatkuasakan keperluan pelesenan bagi penyedia perkhidmatan pesanan internet serta media sosial yang memenuhi keperluan pelesenan untuk memohon dan mendapatkan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP(C)) di bawah Akta 588.

"Langkah ini bertujuan untuk memastikan setiap penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial yang memenuhi keperluan pelesenan, bertanggungjawab dari segi kawal selia kandungan serta pengurusan algoritma.


"Bagi menyokong kerangka pelesenan ini, MCMC telah menerbitkan Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) untuk Penyedia Perkhidmatan Pesanan Internet dan Penyedia Perkhidmatan Media Sosial," ujar beliau lagi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: