Akibat Tulang Ikan Tersangkut Ketika Makan Nasi, Wanita Terpaksa Jalani Dua Pembedahan
Kejadian itu menyebabkan dia terpaksa ditahan di wad kerana tulang berkenaan tidak dapat dikesan.
Cover image via @CikAinnnn (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak dinafikan, makan nasi berlauk ikan memang enak dan menjadi pilihan ramai
Namun, di sebalik keenakannya, kita perlu sentiasa berhati-hati dengan tulangnya yang halus dan mudah terlepas pandang.
Hal ini kerana, hampir semua daripada kita pasti pernah mengalami insiden tercekik tulang ikan, sama ada ketika menikmati hidangan di rumah mahupun di luar.
Seperti insiden yang dihadapi oleh seorang wanita ini yang membuatkan dia 'takut' untuk menikmati hidangan ikan lagi.

Terpaksa masuk hospital untuk jalani pembedahan
Dalam hantaran di TikTok milik @Likemeainn, wanita itu menceritakan bagaimana tulang ikan yang tersekat menyebabkan dia terpaksa mendapatkan rawatan hospital serta menjalani pembedahan.
Difahamkan, insiden berlaku pada 16 November lalu ketika wanita tersebut sedang menikmati nasi dagang dan secara tiba-tiba tercekik tulang ikan.

Kejadian itu menyebabkan dia terpaksa ditahan di wad kerana tulang berkenaan tidak dapat dikesan, manakala kesakitan akibat tersangkutnya tulang tersebut masih dirasai.
Bercakap kepada SEISMIK, katanya kejadian berlaku di surau, semasa dia baru selesai solat Isyak.
"Masa tercekik tu, saya ikhtiar minum air dulu dengan makan segumpal nasi tapi masih rasa tulang di tekak lagi. Lepas tu, terus pergi kecemasan.
"Proses bedah tu satu jam, tak silap saya, tapi saya tak ingat nak tanya doktor sebab saya masa dibedah tu bius penuh," katanya.
Bagaimanapun, dia kini masih berehat untuk proses pemulihan dan akan sambung bekerja pada minggu hadapan.
"Saya masih berehat dekat kampung. Minggu depan baru balik KL kembali bekerja," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



