“Akak ZUS Diberhentikan Tidak Benar” – ZUS Coffee Respon Insiden Pekerjanya Disimbah Air Kopi

ZUS Coffee menjelaskan Zurista mereka kini sedang direhatkan bagi memulihkan diri daripada insiden tersebut.

Enlarge text
Cover ImageCover image via ZUS Coffee
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti yang dinantikan ramai, pihak ZUS Coffee kini telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden di antara Zurista mereka dan pelanggan yang biadap dipercayai pelancong dari China baru-baru ini

Dalam satu Pengumuman Komuniti bertarikh 10 November 2025, ZUS Coffee telah mengesahkan bahawa mereka sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung satu insiden interaksi yang berlaku di salah satu cawangan mereka semalam, yang videonya kini tular di media sosial.

"Di ZUS Coffee, semua kakitangan dan komuniti kami adalah nadi utama dalam setiap hal yang kami lakukan. Kami sedar akan kewujudan sebuah video yang tular di media sosial, melibatkan interaksi yang berlaku di salah sebuah cawangan kami semalam.

"Kami telah mengambil langkah yang sewajarnya bagi menjalankan siasatan menyeluruh dan sentiasa berada di sisi Zurista kami. Bekerja dalam industri perkhidmatan bukan mudah, dan perkara sebegini tidak sewajarnya berlaku. Kita hanyalah manusia mencuba yang terbaik," ujar kenyataan itu.

SAYS.com
Image via ZUS Coffee (Facebook)

ZUS Coffee menafikan yang Zurista mereka yang terlibat dalam insiden baru-baru ini telah ditamatkan perkhidmatan

"Kami menggesa semua pihak untuk menghormati privasi mereka yang terlibat dan mengelakkan diri daripada berkongsi atau menyiarkan semula video yang menunjukkan individu terlibat tanpa kebenaran.

"Sila elakkan diri daripada menggalakkan tingkah laku agresif dan menyebarkan maklumat palsu. Marilah kita bersikap baik antara satu sama lain, baik di alam maya mahupun di luar talian,"
katanya.

Jelas ZUS Coffee, Zurista mereka kini sedang direhatkan bagi memulihkan diri daripada insiden tersebut, sementara pihaknya meneliti perkara itu dengan penuh perhatian.

"Di ZUS, kami tidak bertolak ansur dengan sebarang sikap atau perilaku yang tidak menghormati komuniti kami. Kami akan terus komited bagi mewujudkan persekitaran yang selamat untuk semua," ujarnya lagi.

Tonton video penuh insiden yang tular di bawah:

@iml3x7

马来西亚咖啡厅,客人说咖啡做的慢,胖娘们儿伸中指对着客人f u@c@k 客人回头讲道理,她赶客人出去

♬ 原声 – MI

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: