Aisar Khaled Rai Hari Jadi Dengan Sedekah 3 Van Jenazah Untuk Rakyat Indonesia

Alhamdulillah, murah rezeki dia.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @aisarkhaledd (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam suasana sambutan hari lahir yang sering dikaitkan dengan majlis meriah dan hadiah mewah, pempengaruh popular Aisar Khaled tampil dengan pendekatan berbeza yang cukup menyentuh hati

Bersempena ulang tahunnya yang ke-25, Aisar memilih untuk menyumbangkan tiga van jenazah kepada rakyat Indonesia.

Tindakan murni itu dikongsikan menerusi platform media sosial miliknya dan meraih perhatian ramai yang memuji niat baiknya membantu memudahkan urusan akhir hayat bagi mereka yang memerlukan, khususnya di kawasan luar bandar.

SAYS.com
Image via @aisarkhaledd (TikTok)

Hadiah sempena ulang tahun kelahiran

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok @aisarkhaledd, Aisar dilihat berada di sebuah kedai kenderaan di Indonesia bagi tujuan yang cukup menyentuh hati.

Dia dilihat membeli tiga buah van dengan jumlah keseluruhan sekitar 270 juta rupiah, bersamaan kira-kira RM80,000 untuk dihadiahkan sebagai van jenazah kepada rakyat di sana.

Menurut Aisar, sumbangan tersebut dilakukan bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-25, sebagai tanda kesyukuran dan harapan agar umurnya terus diberkati dengan perkara yang membawa manfaat kepada orang lain.

Lihat video di bawah:

@aisarkhaledd

sedekah 3 biji van jenazah suprise ulang tahun ke-25 🎂🥺

♬ original sound – MITTY ZASIA – MITTY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik