Aisar Khaled ‘Dihalau’ Ultras Garuda Di Stadium Gelora Bung Karno Ketika Malaysia Lawan Indonesia
Kita serumpun, jangan gaduh-gaduh.
Cover image via @mas.billy2008.17 (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pempengaruh media sosial, Aisar Khaled menjadi tumpuan apabila didakwa 'dihalau' ketika berada di stadium
Difahamkan, Aisar ketika itu sedang menonton pertemuan antara Malaysia dan Indonesia dalam perlawanan terakhir Kumpulan A Kejuaraan ASEAN U-23 di Stadion Gelora Bung Karno (GBK) pada Isnin, 21 Julai 2025.
Walaupun Aisar hadir sebagai penyokong skuad Harimau Muda, kehadirannya membawa lebih dari sekadar sokongan.
Dalam suasana tegang seorang penyokong Ultras Garuda itu telah bertanyakan jangkaan terhadap perlawanan itu.
Bagaimanapun, Aisar menjawab dengan penuh tenang dan sopan tentang ramalannya itu.
"Saya memang sokong Indonesia, tetapi bila berlawan dengan Malaysia saya harus menyokong negara saya, jadi 2-1 bang," jawab Aisar kepada penonton berkenaan.
Namun, penyokong berkenaan terus 'panas' dan cuba bertindak agresif. Malah, dia juga didatangai seorang lagi penyokong Ultras Garuda yang dilihat seperti menghalaunya.

Tetap tenang dan senyum walaupun didakwa dilayan 'kasar', ramai anggap penyokong biadap
Menerusi perkongsian video di laman TikTok, Aisar bagaimanapun dilihat tenang dan senyum walaupun didakwa telah dilayan kasar oleh penyokong Ultras Garuda tersebut.
Insiden itu telah mencetuskan perdebatan ramai sehingga ada yang mengatakan mereka biadap dan keterlaluan.

Ada juga yang tampil mempertahankannya dan memberitahu kebaikan yang telah dilakukan kepada rakyat Indonesia, tetapi akhirnya dilayan sebegitu.
"30 puluh org Aisar naik kan umroh tapi di balas gitu dasar tida kenang budi," kata seorang netizen.
"Datang cara baik, bantu orang susah kat indonesia. Tapi kena layan macam tuh for the sake of football?," ujar salah seorang netizen lagi.

Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



