“Ais Kacang Sweden” – Mat Salleh Sanggup Beli Mesin Dari Malaysia Sebab Terlalu Jatuh Cinta
Sampai ke Sweeden ais kacang merantau.
Cover image via @wawawandering__ (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Siapa sangka, ais kacang yang biasanya sinonim dengan cuaca panas di Malaysia kini turut menjadi kegemaran ramai orang luar negara
Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, ais kacang atau ABC mungkin dianggap pencuci mulut biasa yang mudah didapati di kedai mamak atau gerai tepi jalan.
Namun, bagi lelaki ini, keenakan ais kacang seolah-olah meninggalkan memori manis yang tidak dapat dilupakan.

Beli mesin dari Malaysia untuk buka bisnes di negara asal
Menerusi video perkongsian @wawawandering__, kelihatan wanita berkenaan sedang berada di Stockholm, Sweeden.
Namun, dia tiba-tiba terlihat seorang lelaki menaiki basikal sambil menjual ais kacang.
Difahamkan, lelaki berkenaan mengambil keputusan untuk menjual ais kacang selepas dia jatuh cinta dengan hidangan itu.
Malah, menurut wanita itu, mesin ais kacang tersebut telah dibeli khas dari Malaysia.
"Musim panas kat Scandinavia dah tak complete tanpa shaved ice pelangi ni – dengan sirap manis, jagung, kacang merah dan cendol.
"From KL streets to Swedish summer vibes, ais kacang is the new chill star," tulisnya.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



