Air Selangor Rugi Jutaan Ringgit Setahun, Resort Mewah Di Sekinchan Kantoi Curi Air
Agak-agak resort mana lah tu ya?
Cover image via Sinar HarianFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebuah resort cantik berlatar belakangkan sawah padi di Sekinchan yang menjadi lokasi 'OOTD' kegemaran ramai rupa-rupanya menyimpan satu rahsia besar

Di sebalik pemandangan hijau yang menenangkan, pihak berkuasa menemui sambungan paip air haram yang membolehkan resort tersebut menikmati bil air serendah RM36 sebulan untuk premis yang ada 40 bilik, dewan, dan kafe.
Premis itu bukan satu-satunya. Dua lagi lokasi iaitu kolam memancing di Shah Alam dan depoh logistik di Klang turut kantoi menyedut air tanpa melalui meter sah.
Menurut laporan Sinar Harian, Air Selangor berkata, kegiatan tersebut menyebabkan operator air negeri rugi jutaan ringgit setahun.
Guna air banyak tapi bil 'harga teh ais'

Difahamkan, serbuan dilakukan selepas pasukan teknikal mengesan penurunan tekanan air luar biasa dan bacaan meter yang tak masuk akal.
Di resort Sekinchan saja, bacaan air yang sepatutnya cecah sekitar RM3,000 sebulan, tiba-tiba jatuh mendadak sehingga RM36 je.
Selepas disiasat, pasukan SPAN dan Air Selangor menjumpai sambungan paip haram 600 meter dari paip utama, tiga paip masuk ke premis, satu diputuskan sebelum serbuan, serta pam air dipasang secara salah selepas meter untuk tarik tekanan lebih kuat dan rosakkan meter.
Apa yang lebih pelik, resort itu dikatakan sudah lima kali hantar aduan meter rosak, siap dua kali minta tukar meter.
Kolam pancing & depoh logistik pun sama
Di Shah Alam, kolam pancing popular juga didapati gunakan paip bawah tanah tanpa meter untuk cuci kawasan dan tukar air kolam setiap hari. Manakala di Klang pula, sebuah depoh logistik mencuri air terus dari paip utama untuk cuci lori dan jengkaut.
Susulan itu, pihak berkuasa menghentikan serta-merta semua bekalan dan pemilik diarahkan bayar tunggakan sebenar sebelum sambungan semula dibenarkan.


SPAN menjelaskan kecurian air berskala besar bukan saja merugikan operator, tapi juga mengurangkan tekanan air di kawasan perumahan berhampiran.
Ramai penduduk salah faham dan salahkan Air Selangor, sedangkan punca sebenar ialah ada premis yang 'tapau air' ikut jalan belakang.
Semua bukti kes termasuk paip, sambungan haram dan meter rosak direkodkan dalam sistem SISMAS untuk tindakan undang-undang
Tindakan tegas iaitu denda hingga RM1 juta & penjara 10 Tahun
Melalui pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006:
- Denda maksimum: RM1 juta.
- Penjara: sehingga 10 tahun.
- Atau kedua-duanya sekali bagi sesiapa yang mencuri air.
Kerajaan kini memperketat pemantauan digital dan sistem amaran tekanan air untuk bendung isu ini dari berulang.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



