Air Matcha & Ayam Gepuk Antara Makanan Paling Tinggi Kalori & Gula – “Awas!”

PHM menggesa orang ramai untuk berterus terang dengan tabiat pemakanan diri sendiri.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malaysia sering dibanggakan dengan gelaran 'syurga makanan', satu pengiktirafan yang memang berasas memandangkan kepelbagaian juadah daripada pelbagai kaum dan budaya

Daripada nasi lemak yang kaya, laksa yang penuh rasa, hinggalah kuih-muih tradisi yang manis, setiap sudut menawarkan pilihan yang menggugah selera.

Walau bagaimanapun, di sebalik keunikan dan keenakan ini, muncul satu fenomena baharu kegilaan menu 'viral'.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Munch Malaysia

Penyumbang kepada obesiti

Public Health Malaysia (PHM), melalui perkongsian di laman Facebook, telah mengeluarkan amaran tegas mengenai lima menu popular yang sering dianggap sebagai ganjaran atau 'reward', namun sebenarnya mengandungi paras kalori dan gula yang sangat membimbangkan.

PHM menegaskan bahawa trend menikmati hidangan berlebihan ini amat berkait rapat dengan peningkatan kadar obesiti di negara ini, memandangkan satu hidangan sahaja boleh memenuhi atau bahkan melepasi keperluan kalori harian seseorang individu.

Infografik yang dikeluarkan oleh PHM mendedahkan data nutrisi yang mengejutkan untuk menu-menu viral tersebut:

  • Pistachio Kunafa: Dessert ini mengandungi 700 hingga 1,000 kcal bagi setiap keping atau mangkuk, dan diklasifikasikan mempunyai paras gula yang sangat tinggi.
  • Nasi Lemak Tomahawk: Diletakkan dalam kategori kalori sangat tinggi, hidangan ini boleh mencecah antara 1,500 hingga 2,000 kilokalori (kcal).
  • Cake in Bowl: Kalori hidangan ini berada dalam julat tinggi, iaitu sekitar 500 hingga 900 kcal, bergantung kepada jenis topping yang digunakan, dengan kandungan gula yang turut tinggi.
  • Ayam Gepuk: Makanan ini berada dalam julat kalori sederhana hingga tinggi, iaitu antara 450 hingga 700 kcal, bergantung pada saiz ayam dan jumlah sambal. Menariknya, hidangan ini mempunyai kandungan gula yang dianggap rendah berbanding yang lain.
  • Air Matcha: Minuman ini dikategorikan berkalori sederhana, sekitar 180 hingga 350 kcal. Walau bagaimanapun, kandungan gulanya tinggi disebabkan penggunaan gula tambahan, susu pekat, atau susu penuh krim.

PHM menekankan bahawa walaupun hidangan-hidangan ini mungkin menarik secara visual dan estetik, tubuh manusia tidak memproses "kecantikan" tersebut.

Sebaliknya, badan hanya mengenali dan menyimpan lebihan lemak, memicu lonjakan gula dalam darah, dan secara perlahan-lahan meningkatkan tekanan darah.

Justeru, PHM menggesa orang ramai untuk berterus terang dengan tabiat pemakanan diri sendiri.

"Jadi jujur sekejap dengan diri sendiri. Dalam lima menu viral itu, yang mana paling kerap singgah dalam hidup anda sekarang, dan apa satu perubahan kecil yang anda sanggup cuba bermula tahun 2026 ?," tulisnya.

SAYS.com
Image via Public Health Malaysia (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik