Air Mani Ditemukan Di Dubur Bayi, Suami Pengasuh Dihukum Penjara 30 Tahun & 13 Sebatan

Bayi berkenaan disahkan meninggal dunia pada jam 12.18 tengah hari, 28 April 2021.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang penganggur, Mohamed Badruldin Mohamed, 40, telah dikenakan hukuman penjara selama 30 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Tinggi pada Jumaat

Menerusi laporan Sinar Harian, hukuman ini dijatuhkan selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah terhadap dua pertuduhan iaitu meliwat dan membunuh anak asuhan isterinya yang hanya berusia sembilan bulan.

Bagi kesalahan meliwat, lelaki tersebut dikenakan hukuman penjara 10 tahun berserta satu sebatan. Manakala bagi pertuduhan membunuh bayi berkenaan, hukumannya adalah 30 tahun penjara dan 12 sebatan.

Mahkamah memerintahkan agar kesemua tempoh hukuman penjara itu dijalankan secara serentak, berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap, iaitu pada 29 April 2021.

Fakta kes mendedahkan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) dan kesan ekstrak air mani milik tertuduh pada bahagian dubur dan usus besar mangsa bayi.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Wujud kecederaan akibat objek tumpul pada dubur mangsa

Laporan bedah siasat yang dilakukan oleh Dr. Rohayu Shahar Adnan, Pakar Perubatan Perunding Forensik di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh pada masa itu, mengesahkan terdapat kecederaan akibat objek tumpul pada dubur mangsa.

"Punca kematian ialah 'smothering' (keadaan yang melemaskan), sampel DNA juga mengesahkan terdapat ekstrak sel sperma milik OKT pada dubur dan rektum si mati.

"Tertuduh didapati melakukan persetubuhan luar tabii. Ada juga luka koyak dan lebam yang boleh disebabkan oleh jari atau zakar, sekali gus mengukuhkan dakwaan penderaan seksual terhadap bayi tersebut," menurut fakta kes.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Pada hari insiden, pengasuh bayi, Norhidayah Ab Hamid, menghubungi ibu mangsa, Robiatul' Adawiah Aziz, memaklumkan bahawa anak beliau telah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh kerana tidak sedarkan diri.

Pihak perubatan, termasuk doktor dan jururawat, telah cuba memberikan bantuan asas hayat (Cardiopulmonary Resuscitation – CPR) sekitar jam 7 malam.

Mangsa kemudian diberikan tiub bantuan pernafasan, empat jenis ubat jantung, dan rawatan untuk menstabilkan tekanan darah. Walau bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 12.18 tengah hari, 28 April 2021.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh bayi lelaki berusia sembilan bulan di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang di sini antara jam 8 pagi dan 3.30 petang, 27 April 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

SAYS.com

Tangkap layar luahan seorang ibu selepas pelaku membunuh dan meliwat anak lelakinya berusia 9 bulan.

Image via Sinar Harian

Sementara itu, bagi pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa, tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dilakukan di lokasi, waktu dan tarikh sama.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Shahrul Ekhsan memohon Mahkamah mengenakan hukuman mati kepada tertuduh. Beliau berhujah bahawa mangsa, seorang bayi yang masih kecil, telah diperlakukan sedemikian rupa oleh tertuduh yang dewasa,.

"Ibu bapa mangsa perlu bekerja lalu menghantarnya untuk dijaga oleh isteri Mohamed Badruldin tetapi telah diperlakukan sedemikian kerana nafsu serakah tertuduh.

"Sedangkan mangsa merupakan seorang bayi yang lemah maka dia sepatutnya disayangi dan diberi perhatian," katanya.

Pada 12 Mei 2021, tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan itu, di hadapan Majistret, Muhammad Iskandar Zainol.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: