AI Hidupkan Kenangan Lama, Hadiah Anak Buat Ibu Buat Warganet Tersentuh

Awh, comelnya video dia. Effort A+!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Satu perkongsian kreatif di Facebook baru-baru ini berjaya mencuri perhatian ramai apabila seorang lelaki menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk 'menghidupkan' semula foto-foto lama keluarganya

Perkongsian oleh pengguna dikenali sebagai Franklin Miano itu dibuat sebagai hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahiran ibunya yang ke-60, namun tidak disangka ia turut menyentuh emosi ribuan penonton di media sosial.

Menerusi video berdurasi 8 minit tersebut, wanita berkenaan dilihat meneliti gambar-gambar lama dengan penuh perasaan, seakan-akan menyusuri semula perjalanan hidupnya dari zaman muda hingga ke hari ini.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah elemen penceritaan yang dimasukkan termasuk simbol sebuah jam tangan yang digambarkan mampu mengembalikan dia ke masa lalu, sekali gus menjadi titik perubahan dalam video berkenaan.

Bermula dengan detik perkenalan bersama pasangan hidup, kemudian melalui fasa perkahwinan dan membina keluarga

Setiap babak disusun dengan sentuhan visual yang halus, menjadikan foto-foto lama bukan sekadar kenangan statik, tetapi seakan hidup dan bergerak mengikut emosi.

Lebih menyentuh hati, setiap potret keluarga yang dipaparkan menggambarkan perjalanan penuh makna seorang ibu, sekali gus mengundang rasa sebak dalam kalangan penonton.

Video tersebut kini tular dengan 937K tanda suka, 29.7K komen dan 61K perkongsian. Ia membuktikan bahawa gabungan teknologi dan sentuhan emosi mampu menghasilkan sesuatu yang benar-benar memberi kesan mendalam.

Dalam pada itu, ramai warganet turut berkongsi perasaan mereka di ruangan komen, menyifatkan video itu sebagai peringatan betapa berharganya kenangan bersama insan tersayang walaupun hanya melalui sekeping gambar lama

Lihat video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via