[AGAMA] Kalau Terbangun Lewat Sebenarnya Boleh Terus Solat Subuh Tanpa Niat ‘Qada’

Sekarang dah tahu kan?

Enlarge text
Cover ImageCover image via @gengmkn (Instagram)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai manusia, kita tidak terlepas daripada sifat lalai atau kepenatan yang melampau sehingga adakalanya terbabas waktu solat, terutamanya solat Subuh

Situasi bangun lewat atau "terlajak tidur" sering menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarakat.

"Adakah aku perlu niat qada atau boleh terus solat seperti biasa?". Memahami hukum dalam situasi ini sangat penting agar ibadah yang dilakukan tetap sah dan tenang di jiwa.

Baru-baru ini, akaun Instagram @gengmkn tular selepas berkongsi sebuah video yang mengupas persoalan ramai mengenai situasi terlepas solat Subuh.

SAYS.com
Image via @gengmkn (Instagram)Image via

Boleh qada solat dengan niat menunaikan solat Subuh

Dalam perkongsian tersebut, seorang individu menjelaskan bahawa sekiranya seseorang itu terbabas waktu solat, dia perlulah segera melaksanakan qada dengan menunaikan solat Subuh seperti biasa sebaik sahaja tersedar.

Memetik daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, bahawa Rasulullah S.A.W penah terlepas solat subuh disebabkan tidur.

Keadaan seperti ini berlaku pastilah berdasarkan hikmah Allah S.W.T yang tersendiri kepada para makhluknya. Perkara ini dapat kita lihat berdasarkan sabda baginda S.A.W sebaik sahaja selesai dari melakukan qadha' solat tersebut dengan sabdanya:

مَنْ نَسِيَ الصَّلاَةَ فَلْيُصَلِّهَا إِذَا ذَكَرَهَا

Maksudnya: Sesiapa yang terlupa solat (terlepas solat disebabkan terlupa) maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia mengingatnya semula.

Seterusnya baginda segera melaksanakan qadha solat tersebut sebaik sahaja terjaga daripada tidur sekalipun matahari telah meninggi.

Namun, perlu juga dijelaskan bahawa keletihan Rasulullah S.A.W itu bukanlah disengajakan.

Akan tetapi ia mengambil kira situasi baginda yang baru pulang dari peperangan, diteruskan dengan permusafiran, kemudian baginda tertidur.

Ini tidak sama dengan situasi kita pada hari ini yang sengaja tidur lewat, kemudian tidak menjalankan konsep arahan Nabi kepada Bilal untuk berjaga malam agar boleh mengejutkan baginda dan para sahabat untuk menunaikan solat, iaitu dengan cara berpesan kepada orang lain supaya mengejutkan kita untuk solat ataupun dengan cara memasang penggera (alarm) pada telefon bimbit atau jam loceng.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik