AEON Di Johor Siap Tampal Resipi Khairul Aming Bagi Mudahkan Pelanggan Cari Bahan Masak

Siapa punya idea ni? Serius bijak!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @leaurora_ (Threads)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Gara-gara fenomena Khairul Aming tahun ini, pusat beli-belah AEON Taman Universiti Skudai, Johor mencuri tumpuan apabila mereka siap menampal resipi berserta bahan masakan di rak makanan

Menerusi perkongsian di laman Threads oleh seorang pengguna, pekbagai resipi daripada Khairul Aming diletakkan di bahagian barang dapur.

"Bagus staff AEON. Dah sediakan bahan masak sesiap kat satu tempat sebab tahu resipi @khairulaming nih viral. So takdelah customer menjajauuu carik rak eak. Siap dia print out resipi terus," tulisnya.

Antara resipi Khairul Aming yang diletakkan adalah Ayam Sos Plum, Jus Longan Kurma Merah dan Jus Tembikai Yasmin

Susulan inisiatif yang dilakukan oleh AEON itu, ramai memuji pekerjanya yang cakna tentang trend semasa dan faham kehendak pelanggan.

Malah, rata-rata netizen bersetuju menggelar Khairul Aming sebagai trendsetter. Apa sahaja yang beliau masak, pasti satu Malaysia akan berebut-rebut ingin mencuba juga.

Lihat posting di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via