Adib Sufyan Kongsi Elak Makanan Masam Ketika Hafaz 30 Juzuk Al-Quran Dalam Lima Bulan

Difahamkan, Adib Sufyan juga telah mencipta rekod baharu di sekolahnya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & Berita Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pelajar tingkatan satu telah mencipta rekod berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran dama lima bulan 10 hari sahaja

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tok Bachok ini bernama Adib Sufyyan Suhaimi juga mencipta rekod baharu kerana kebiasaannya pelajar mampu menamatkan hafazan dalam tempoh sembilan bulan.

Menurut laporan dari Harian Metro, dia juga membaca dan menulis semula al-Quran pada setiap hari dan juga mengikut petua elak makan makanan masam untuk menguatkan ingatan.

Kena ada niat dan bersungguh-sungguh

"Untuk menghafaz Quran, pertama, kita kena ada niat… kedua kena bersungguh-sungguh," kata Adib.

"Setiap hari saya cuba hafaz antara lapan hingga sembilan helai al-Quran dan elakkan makanan masam,"
tambahnya lagi ketika ditemu bual di Majlis Penyampaian Insentif Hafazan Kepada Pelajar Khatam SMKATB.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Majlis itu turut dihadiri Pengurus Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Negeri Kelantan, Che Nur Azila Che Ghani; Pengarah Urusan Qashwa Travel, Nabil Deraman; Yang Di-Pertua Persatuan Ibu bapa Guru (PIBG) SMKATB, Datuk Azaha Ibrahim dan Pengetua SMKATB, Muhd Fadhli Jusoh.

Ibu bapa Adib, Suhaimi Omar, 43 dan Nor Haslinda Abdul Hamid, 43 berkata anak mereka telah mendapat inspirasi untuk menghafaz al-Quran daripada ketua pengawas sekolahnya yang juga telah menghafaz 30 juzuk dalam tempoh dua tahun di sekolah itu.

Adib adalah antara 200 pelajar SMKATB yang menerima insentif daripada YaPEIM dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

"Selain itu, pelajar yang menghafaz juzuk satu hingga 20 akan diberikan RM200, manakala antara juzuk satu hingga 30 dkan menerima insentif sebanyak RM300," kata Pengurus YaPEIM Negeri Kelantan, Che Nur Azila.

Pelajar yang yang berjaya menghafaz juzuk al-Quran akan diberikan insentif wang tunai dari YaPEIM dan tajaan umrah daripada Qashwa Travel.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: