Adam Adli Dedah Ada Lebih 400,000 Peminjam Kini Masih Culas Bayar PTPTN

Difahamkan, peminjam berpendapatan tinggi yang culas akan dikenakan sekatan perjalanan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via MMU & The Star
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebanyak 417,158 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masih culas tidak membayar pinjaman mereka

Menurut laporan New Straits Times, kenyataan itu diumumkan sendiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abdul Halim di Dewan Rakyat semalam.

Menurut beliau dalam keseluruhan peminjam yang culas dalam 0.7% daripada jumlah ini tidak dibenarkan pergi ke luar negara selagi tidak membayar tunggakan PTPTN.

Hanya peminjam berpendapatan tinggi yang culas dan mengikut beberapa kriteria sahaja akan dikenakan sekatan perjalanan.

Sekatan perjalanan pula tidak akan dikenakan kepada peminjam yang baru sahaja habis belajar dan masih tidak mempunyai pendapatan.

Usaha menyediakan pendidikan percuma

Persoalan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (Perikatan Nasional – Maran) mengenai jumlah hutang PTPTN dan sama ada kerajaan bersedia untuk memotong pinjaman PTPTN seperti dijanjikan juga dijawab oleh Adam Adli.

Menurut Adam Adli, sebanyak RM77.5 bilion pinjaman PTPTN telah disalurkan kepada lebih 4.26 juta pelajar.

SAYS.com
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abdul Halim | Image via The Sun

Tambahan beliau lagi, kerajaan telah memulakan inisiatif pendidikan percuma kepada yang memerlukan dan telah pun melibatkan 13,000 pelajar.

"Isu ini bukan sahaja mengenai menghapuskan hutang, tetapi usaha menyediakan pendidikan percuma," tambah Adam Adli Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: