“Ada Yang Tuduh Zara Curi RM300” – Pendedahan Mengejutkan Dalam Inkues Kematian Zara Qairina

Makin lama makin rumit ya kes ini, kesiannya arwah adik Zara.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian & BERNAMA
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, memasuki hari ketujuh hari ini dengan pendedahan mengejutkan daripada seorang saksi yang mendakwa terdapat 'cakap-cakap' di asrama sekolah bahawa Zara dituduh mencuri wang rakannya, sebelum insiden tragis berlaku

Menurut laporan Berita Harian, pengawal keselamatan di SMKA Tun Datu Mustapha, Papar, iaitu Linah Mansoding @ Jaliha, 65, tuduhan itu hanya didengarnya melalui pelajar lain selepas kejadian berlaku.

Shahlan: Untuk kejadian kes Zara ini, ada puan dengar apa-apa cerita di sekolah daripada budak-budak?

Linah: Selepas kejadian itu, memang ada dengar… budak-budak cakap, disebutnya Zara ini dituduh mencuri.


Linah yang juga merupakan saksi keenam inkues kematian Zara Qairina itu berkata, seorang pelajar perempuan dikenali sebagai A, menemuinya di kawasan jemuran pakaian sehari sebelum insiden itu dan memberitahu wang berjumlah RM300 serta kad bank di dalam beg sekolahnya hilang.

"Pelajar A tidak menyebut siapa yang dia tuduh. Selepas kejadian, barulah saya dengar… rupa-rupanya Zara dituduh mencuri duit pelajar A," katanya.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Ada kemungkinan Zara dipanggil untuk ditanya tentang duit hilang

Shahlan: Puan, pelajar A ada jumpa puan pasal tuduhan curi ini

Linah: Dia cakap, 'Aunty, duit saya hilang dalam beg sekolah'. Saya tanya kenapa tidak beritahu pengawal siang hari, dia jawab dia diam sahaja. Kemudian saya tanya berapa banyak duit hilang, dia kata RM300 dengan kad bank sekali. Saya tanya lagi, kenapa bawa duit banyak, sepatutnya simpan dengan guru… tapi dia tidak cakap siapa yang curi.


Apabila ditanya, kenapa hanya Zara Qairina yang dituduh, Linah menjawab "Saya tidak tahu".

Menurut Linah lagi, seorang warden lelaki turut dimaklumkan mengenai kejadian kehilangan wang itu melalui ketua dorm Zara, yang juga pelajar Tingkatan Empat.

Linah berkata, dia tidak pernah mendengar cerita lain mengenai Zara Qairina, selain dituduh mencuri

SAYS.com
Image via BERNAMA

Menurut laporan, prosiding hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan bersambung jam 2.15 petang.

Pada 16 Julai lalu, kira-kira jam 4 pagi, Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolah. Dia kemudian dihantar ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, namun disahkan meninggal dunia sehari kemudian, pada 17 Julai.

Kes terbabit mendapat perhatian ramai apabila Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 8 Ogos mengarahkan kubur Zara digali semula bagi menjalankan bedah siasat.

Pada 13 Ogos, AGC turut mengumumkan inkues akan dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian Zara, sekali gus menjawab persoalan dan spekulasi yang timbul.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: