ABRP Jadi Fenomena, Komuniti GTA Malaysia Kini Cecah 100,000 Ahli Di Discord

ABRP tampil unik dengan identiti tersendiri, berteraskan budaya tempatan dan sepenuhnya menggunakan Bahasa Melayu.

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ditubuhkan pada 2022 sebagai syarikat fesyen, syarikat Adik Beradik Kuala Lumpur (ABKL) kini muncul sebagai salah satu peneraju komuniti permainan dalam talian

Imafe via ABKL

Langkah berani ke dunia digital bermula pada 2023 apabila Ketua Pegawai Eksekutif, Muzammil Mudzakir atau lebih dikenali sebagai MelRomeo, bersama Ketua IT, Mohd Hilmi Azli, memperkenalkan Adik Beradik Role Play (ABRP) di platform FiveM berasaskan GTA V.

ABRP tampil unik dengan identiti tersendiri, berteraskan budaya tempatan dan sepenuhnya menggunakan Bahasa Melayu.

Walaupun pernah dicadangkan agar menggunakan Bahasa Inggeris, MelRomeo yakin bahasa kebangsaan tetap mampu menembusi pasaran antarabangsa dengan bantuan terjemahan masa nyata.

"Misi kami adalah membina pengalaman permainan berkualiti tinggi, dan visi kami ialah menempatkan nama Malaysia di pentas global," jelasnya.

Server di tangga pertama dunia, Discord pula melebihi 100,000 ahli

Image via ABKL

Kejayaan ABRP terbukti apabila server ini pernah berada di tangga pertama dunia di platform FiveM.net.

Kini, ABKL menguruskan tiga server utama iaitu AdikBeradik East, AdikBeradik West, dan AdikBeradik Mobile dengan sokongan komuniti Discord melebihi 100,000 ahli.

Bagi MelRomeo, matlamat utama bukanlah menandingi pesaing luar, tetapi memastikan pemain setia dengan ciri baharu yang sentiasa diperkenalkan. Malah, penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) membolehkan ciri tambahan disiapkan dalam tempoh kurang sebulan.

Nama-nama hebat jadi streamer tetap ABKL

Image via ABKL

Selain arena digital, ABKL tidak meninggalkan akar umbinya dalam dunia fesyen dengan mengekalkan jenama AB Clothing.

Gabungan dunia maya dan fizikal ini menjadikan ABKL antara pelopor tempatan yang berjaya mengharmonikan dua ekosistem tersebut.

Pada sesi media baru-baru ini, kehadiran streamer tetap seperti Dy Pablo, Adam Hilman, ChipNiBoss, Jaa Suzuran, dan Harris Alif menyerikan lagi acara sekaligus membuktikan hubungan erat antara ABKL dan komuniti gaming tempatan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik