82 Peratus Mangsa Kes Tipu ‘Online’ Dilaporkan Dari Latar Belakang Pendidikan Tinggi

Kesedaran tentang kes scam dilihat masih tidak mencukupi.

Enlarge text
Cover ImageCover image via allaboutcookies
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kajian mendapati 82 peratus mangsa penipuan dalam talian adalah mereka yang mempunyai pendidikan tinggi dan 78 peratus dari mangsa kes sebegini adalah daripada golongan milenial

Rakyat Malaysia tidak terlepas dari menghadapi pelbagai cubaan scam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan hanya mahu mencuri wang tanpa disedari mangsa.

Dilaporkan oleh Harian Metro, laporan yang diambil dari Keadaan Scam Malaysia 2025 oleh Gogolook dan Global Anti-Scam Alliance (GASA) menunjukkan 85 peratus dilaporkan pernah menghadapi cubaan penipuan dalam talian.

SAYS.com
Image via BigPay

73 peratus daripada jumlah tersebut telah menjadi mangsa dengan kerugian purata RM4,844.70 seorang.

Menurut Manwoo Joo, Ketua Pegawai Operasi Gogolook, mengatakan, majoriti orang dewasa yakin mereka mampu mengenal pasti penipuan dan 14 peratus mendakwa sentiasa boleh mengesan taktik penipuan dalam talian.

Namun begitu, 82 peratus mangsa adalah individu yang mempunyai pendidikan tinggi

SAYS.com
Image via LinkedIn

"Antara kes penipuan paling tinggi dilaporkan ialahj penipuan pelaburan, manakala panggilan telefon serta aplikasi mesej seperti WhatsApp, Telegram dan Facebook menjadi saluran utama," tambahnya lagi.

Penipuan kedua paling banyak ialah penipuan beli-belah dalam talian dan diikuti oleh penipuan penyamaran.

Tinjaun ini telah dibuat membabitkan 1,000 dewasa sebagi responden dan telah dijalankan pada 26 Februari hingga 14 Mac lepas.

Peratusan ini juga merisaukan kerana kanak-kanak tidak terkecuali apabila 21 peratus ibu bapa mengakui anak mereka yang berusia tujung hingga 17 tahun turut pernah menjadi manga kes penipuan sebegini.

Manwoo Joo juga mengatakan kesedaran kes sebegini masih belum mencukupi kerana masih ramai orang terjebak.

Alat pencegahan lebih pintar dan pelantar pengesanan awal juga diperlukan sebagai salah satu pencegahan skim penipuan ini.

Walaupun dengan banyak kempen kesedaran telah dibuat, rakyat Malaysia sendiri perlu lebih peka dengan taktik-taktik penipuan dalam talian yang masih berleluasa.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: