7 Kawasan Catat Cuaca Panas Berterusan Sekurang-Kurangnya Tiga Hari – MetMalaysia

Kawasan berkenaan dijangka mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Utusan Malaysia & Berita Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laman Facebook rasmi mereka telah mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu atau kategori berjaga-jaga telah dikeluarkan bagi tujuh kawasan di Semenanjung Malaysia

Kawasan yang dikenal pasti terlibat merangkumi seluruh negeri Perlis serta enam daerah di Kedah iaitu Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Sik, Baling dan Bandar Baharu.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Utusan Malaysia

Suhu mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius

Menurut kenyataan tersebut, suhu maksimum harian di kawasan-kawasan terbabit diramal boleh mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Fenomena suhu tinggi yang berterusan ini memerlukan perhatian serius, oleh itu orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya bagi menghadapi cuaca panas ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: