60,000 Pelajar Tingkatan 4 & 5 Dari Keluarga B40 Bakal Peroleh Lesen Motosikal Percuma
Difahamkan, program ini telah membantu banyak pelajar sejak tahun 2023 lagi.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seramai 60,000 pelajar tingkatan 4 dan 5 daripada golongan B40 akan memperoleh lesen motosikal secara percuma
Menerusi Program MyLesen B2 Sekolah (MyB2S) telah memperuntukan lebih RM18.5 juta untuk pelajar-pelajar.
Menurut laporan dari Harian Metro, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, mengatakan program ini diperkenalkan susulam jumlah pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah tanpa memiliki Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang sah.
Banyak pelajar-pelajar sekolah terutamanya di kawasan luar bandar menggunakan motosikal untuk ke sekolah. Tetapi ramai juga yang tidak mempunyai lesen motosikal yang sah kerana kekangan kewangan atau akses kepada pusat latihan memandu.

Program memastikan pelajar mempunyai lesen sah dan menunggang dengan kemahiran yang betul
"Program ini dilaksanakan susulan keprihatinan kerajaan terhadap isu penunggang motosikal dalam kalangan pelajar yang masih tidak memiliki lesen memandu sah, khususnya di kawasan luar bandar.
"Inisiatif ini memberi tumpuan kepada penyediaan akses pelesenan yang sah di samping meningkatkan tahap kompetensi, kesedaran dan pematuhan undang-undang jalan raya dalam kalangan generasi muda," katanya.

Perasmian Program MyLesen B2 Sekolah (MyB2S) Tahun 2026.
Image via Harian Metro / Azizi MajidMenurut Loke, lebih 6,000 kemalangan maut dilaporkan setiap tahun dimana 65% daripada itu membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
Purata kemalangan ini pula melibatkan purata umur 16 hingga 25 tahun termasuk pelajar sekolah.

Program MyLesen B2 ini telah pun diperkenalkan pada tahun 2023 dan telah memberi manfaat kepada lebih 30,000 peserta.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek juga menyambut baik kerjasama strategik ini bagi memudahkan urusan pelajar mendapatkan lesen memandu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 