6,000 Murid Kini Dijangkiti Influenza, Sekolah Yang Terjejas Diarah Tutup Sementara – KPM

KPM menasihati semua sekolah untuk kurangkan aktiviti berkumpulan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Harian & Berita Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengesahkan seramai 6,000 murid di seluruh negara telah dijangkiti wabak influenza setakat ini, sekali gus perkembangan yang menimbulkan kebimbangan menjelang musim peperiksaan utama, termasuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal bermula November ini

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, beberapa sekolah telah diarahkan tutup sementara atas nasihat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), termasuk sebuah sekolah di Johor.

"Setakat hujung minggu lalu, lebih kurang 6,000 murid dilaporkan dijangkiti influenza, namun ia tidak berlaku di satu kawasan sahaja, sebaliknya melibatkan sekolah-sekolah berbeza di beberapa negeri," katanya.

SAYS.com

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad

Image via Berita Harian

Sekolah dinasihat kurangkan aktiviti berkumpulan

KPM telah mengeluarkan garis panduan khas kepada semua sekolah, Institut Pendidikan Guru (IPG), kolej matrikulasi dan institusi vokasional bagi mengawal penularan wabak tersebut.

Antara langkah segera yang disarankan termasuk menggalakkan pemakaian pelitup muka di kawasan sekolah, kurangkan aktiviti berkumpulan buat sementara waktu, dan segera merujuk PKD jika berlaku peningkatan kes.

KPM turut menegaskan bahawa sebarang keputusan menutup sekolah hanya akan dibuat atas nasihat rasmi KKM atau PKD.

"Kalau KKM atau Pejabat Kesihatan Negeri arahkan sekolah ditutup, kita akan akur serta-merta," katanya lagi.

SAYS.com
Image via Kosmo!Image via

Persiapan SPM berjalan seperti biasa

Mengulas mengenai pelaksanaan peperiksaan SPM pada 3 November, Dr Mohd Azam memberi jaminan bahawa KPM telah bersiap siaga sepenuhnya menghadapi sebarang kemungkinan.

"Saya telah arahkan pegawai di Lembaga Peperiksaan supaya bersedia dengan cabaran ini. Kita sudah ada pengalaman mengendalikan peperiksaan semasa pandemik Covid-19, jadi kita tahu bagaimana menyesuaikan pelaksanaan peperiksaan jika keadaan memerlukan," katanya.

KPM juga mempunyai SOP khas bagi calon yang sakit, termasuk membenarkan mereka menduduki peperiksaan di hospital atau lokasi alternatif dengan pemantauan rasmi.

Dalam masa sama, KPM menasihatkan semua sekolah agar lebih peka terhadap simptom influenza dalam kalangan murid dan guru. Sekiranya ada murid bergejala, pihak sekolah boleh memberi cuti sakit atau rehat sementara, tanpa perlu menutup sekolah sepenuhnya.

"Sekiranya ada murid bergejala, pihak sekolah boleh benarkan mereka berehat atau mendapatkan rawatan. Tidak semua kes perlu dibawa kepada penutupan sekolah, ada yang cukup dengan cuti sakit individu.

"Keselamatan dan kesejahteraan murid adalah keutamaan kita. Kami akan terus pantau situasi ini bersama pihak kesihatan,"
ujarnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: