6 Pro Gamer Malaysia Buktikan Main Game Pun Boleh Jadi Kaya – “Salute!”

Pemain e-sukan berlatih berjam-jam setiap hari main game untuk menang pertandingan besar.

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bermain game dilihat sebagai hobi sia-sia dan membuang masa namun tidak untuk individu yang menjadikannya sebagai salah satu cabang karier

Bagi enam pemain profesional ini, mereka memilih bidang e-sukan kerana melihat peluang untuk melakar sejarah sendiri dan mengharumkan nama negara.

Namun, tahukah anda yang kerjaya ini juga memberikan pulangan lumayan? Tidak hanya peroleh gaji bulanan malah pemain profesional tempatan ini menerima hadiah wang tunai lumayan sebagai peserta.

Nyata, latihan berjam-jam setiap hari untuk memenangi kejohanan itu membuahkan hasil apabila pemain-pemain ini mampu menjana hasil pendapatan sehingga jutaan Ringgit.

1. xNova (RM9 juta)

Image via Liquipedia Dota 2

Pemain profesional Dota 2 berusia 27 tahun ini membina kerjaya dalam e-sukan sejak 10 tahun lalu.

Dari penyertaan pasukan tempatan Who2bet sehinggalah dilamar skuad antarabangsa, PSG.LGD, pemilik nama Yap Jian Wei ini sudah pun menyertai lebih 10 pasukan sepanjang kariernya.

Kini, Wei atau nama popularnya, xNova berjaya mencatatkan sebanyak AS$2.146 juta (kira-kira RM9 juta) hasil kemenangan dari 76 kejohanan disertainya.

Pencapaian terbaiknya adalah ketika bersama PSG.LGD dari 2018-2019 di mana pasukannya memenangi dua kejohanan utama (Major) dan tempat kedua di kejohanan tahunan Dota 2, The International 8 dan tempat ketiga di The International 9.

2. 343 (RM1.65 juta)

Image via Red Bull

Selain xNova, Adam Erwann Shah atau 343 berjaya mengukir nama sebagai pemain profesional Dota 2 yang kemudiannya bertukar karier sebagai jurulatih.

Pada tahun 2019, dia pernah melatih pasukan Dota 2 TNC Predator dan FNATIC pada tahun 2020. Namun, pencapaian terbaiknya adalah dengan meraih nombor empat di The International 2016.

Dia juga mempunyai pengaruh dalam komuniti negara bersama generasi seperti Mushi, xNova, Ohaiyo dengan menjadi ikon awal kebangkitan Dota 2 Malaysia.

Hasil pencapaiannya, dia memperoleh hasil hadiah wang tunai sebanyak AS$392,825 (RM1.65 juta).

3. Sekys (RM1.42 juta)

Image via Esports World Cup Foundation

Muhammad Haqqullah (Sekys) berjaya mencipta fenomena tersendiri selepas menyertai Selangor Red Giants (SRG), sebuah pasukan e-sukan di bawah divisi Selangor FC.

Menerima jolokan nama The Sky Prince, dia berjaya memenangi Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL MY) tiga kali berturut-turut bersama SRG dan turut mengharumkan nama negara dengan menghadiahkan Malaysia kemenangan pertama dalam Mobile Legends di peringkat antarabangsa iaitu juara Piala Pertengahan Musim (MSC) 2024 selepas tujuh tahun Malaysia kemarau piala MLBB.

Setakat tahun ini, Sekys berjaya menerima hasil kemenangan sebanyak AS$338,516 (RM1.42 juta).

4. Yums (RM1.32 juta)

Image via VOCKET

Qayyum Ariffin atau Yums asalnya dikenali sebagai pemain pasukan Todak MLBB dan pernah membantu skuad itu memenangi MPL MY musim kesembilan dan ke-11.

Yums kemudiannya cabar diri dengan menyertai SRG pada tahun 2024 dan sejak itu, skuad di bawah divisi Selangor FC itu seolah menemui rentak yang sudah lama hilang. Kemenangan demi kemenangan digapai sehingga tiga kali julang piala MPL MY dan juga MSC 2024.

Hasil menceburi dunia kompetitif MLBB, Yums berjaya mengumpul sebanyak AS$314,482 (RM1.32 juta) hadiah kemenangan.

5. D4v41 (RM1.10 juta)

Image via ONE Esports

Anak jati Kelantan ini nyata tidak asing dalam industri e-sukan sebagai individu yang mengukir nama dalam permainan video kompetitif VALORANT.

Ahmad Khalish Rusyaidee atau D4V41 berjaya dinobatkan sebagai Pemain Terbaik FPS 2023 di Malaysia Esports Awards. Pencapaian terbaiknya adalah memenangi kejohanan utama VALORANT iaitu VCT Masters Toronto sekali gus mencipta fenomena tersendiri bersama pasukannya, Paper Rex.

D4V41 sering mendapat gelaran pemain FPS terbaik dalam kalangan komuniti dan satu-satunya perwakilan Malaysia di VALORANT Champions Tour.

Dengan meraih sebanyak AS$261,920 (RM1.10 juta) hasil wang kemenangan, D4V41 antara pemain profesional e-sukan yang berkaliber terutamanya di platform PC.

6. MusangKing (RM826,222)

Image via Esports World Cup Foundation

Chan Tat Yann atau MusangKing adalah pemain profesional dalam e-sukan Honor of Kings (HOK), sebuah permainan Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) yang baru diterbitkan. Pun begitu, dia yang kini bersama skuad Homebois Black Shrew Esport (HBSE) berjaya memenangi pelbagai pertandingan.

Hasil pengetahuannya yang mendalam dalam permainan itu sejak versi China dilancarkan secara rasmi pada 2015, nyata ia memberikan kelebihan apabila berulang kali mewakili negara di pentas antarabangsa bersama ahli pasukannya yang lain.

Setakat ini, MusangKing sudah pun menjuarai HOK Invitational Musim Kedua dan Championship 2024. Hasil pendapatannya kini mencecah sehingga AS$195,857 (RM826,222).

Jadi bukan semua yang main game itu membuang masa ya, anda boleh jadikan ia kerjaya dan e-sukan sendiri sudah diiktiraf sebagai salah satu sukan teras!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: