6 Pekerja Pembersihan Menang Saman Tuntutan Gaji Ke Atas Majikan Berjumlah RM28,500

Seramai 15 pengadu yang diketuai Zuhaida memfailkan tuntutan tunggakan gaji.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah syarikat pembersihan, Monson Tropical Trading, gagal dalam rayuannya dan diwajibkan membayar sejumlah RM28,500 kepada enam bekas pekerja tukang sapu, termasuk seorang OKU

Menerusi laporan Kosmo, kumpulan pekerja berkenaan telah menang saman tuntutan baki gaji minimum yang tidak dibayar selama setahun dua bulan.

Hakim Shamsul Bahrin Abdul Manaf membuat keputusan itu selepas menolak rayuan syarikat (selaku perayu) yang didapati gagal mematuhi Perintah Gaji Minimum (PGM) 2022 sebanyak RM1,500, semasa keenam-enam pekerja itu bertugas di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) dari Mei 2022 hingga Julai 2023.

Kesemua pengadu mendakwa gaji pokok terakhir adalah sebanyak RM1,200 sebulan

Responden itu diketuai Zuhaida Daud, Mohamad Safuan Zakaria yang merupakan OKU lembam, Sharifah Mohamad, Mahani Daud, Mohd. Hafizi Mohd. Arshad dan Muhammad Nasharudin Samsudin.

Hakim Shamsul Bahrin Abdul Manaf menekankan bahawa Perintah Gaji Minimum (PGM) yang ditetapkan oleh kerajaan adalah mengatasi persetujuan kontrak dan perjanjian sebelum ini yang dianggap sudah tidak sah.

"Perintah yang ditetapkan kerajaan sewajarnya memberi perlindungan maksimum kepada pekerja. Sehubungan itu, mahkamah memerintah pihak perayu membayar baki gaji sebanyak RM28,500 kepada enam pekerja mengikut perintah gaji minimum yang ditetapkan kerajaan," katanya.

Dalam prosiding undang-undang ini, keenam-enam responden diwakili oleh peguam Nik Saiful Adli Burhan, manakala pihak syarikat perayu diwakili oleh peguam Muhammad Habil Zainal Abidin.

Sebelum ini, isu ini bermula apabila seramai 15 pengadu, diketuai oleh Zuhaida, memfailkan tuntutan tunggakan gaji terhadap Monson Tropical Trading di Pejabat Tenaga Kerja Kota Bharu pada 15 Mei 2024.

SAYS.com

Nik Saiful (kanan) berbincang dengan Mahani (kiri) dan Sharifah ketika hadir ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kota Bharu.

Image via Kosmo

Kesemua mereka yang berjawatan tukang sapu di bangunan pejabat SUK mendakwa gaji pokok terakhir mereka ialah RM1,200 sebulan, dan hari terakhir bekerja adalah pada 31 Julai 2023.

Walaupun pada awalnya 15 pengadu membuat tuntutan, hanya enam responden sahaja yang tampil memberikan keterangan kepada Pejabat Tenaga Kerja.

Di akhir kes, Ketua Pengarah Tenaga Kerja meluluskan tuntutan tunggakan gaji minimum berjumlah RM28,500 untuk semua pengadu.

Syarikat Monson Tropical Trading, yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, kemudiannya membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: