6 Bulan Tak Dibayar Gaji, 80 Pekerja Asing Di Sebuah Kilang Pembinaan Rayu Bantuan Kerajaan

Difahamkan, aduan telah dibuat kepada JTK, namun setakat ini isu tersebut masih belum diselesaikan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Free Malaysia Today
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hari raya sepatutnya menjadi waktu paling bermakna untuk berkongsi kegembiraan bersama keluarga

Namun bagi kira-kira 80 pekerja asing di Pasir Gudang, Johor, Aidilfitri tahun ini dijangka disambut dalam keadaan serba kekurangan selepas mereka didakwa tidak menerima gaji selama enam bulan.

Menurut laporan Free Malaysia Today, kumpulan pekerja dari sebuah syarikat pembinaan, Esstar Vision Sdn Bhd (EVSB) kini bergelut untuk meneruskan kehidupan harian kerana majikan gagal membayar gaji serta bayaran kerja lebih masa sejak setengah tahun lalu.

Jurucakap kumpulan itu yang enggan dikenali berkata, keadaan mereka kini sangat terdesak sehingga terpaksa berkongsi makanan dan bergantung kepada bantuan orang ramai untuk meneruskan kehidupan.

"Kami berdepan krisis buruh dan kemanusiaan yang serius. Gaji dan bayaran kerja lebih masa kami tidak dibayar selama enam bulan berturut-turut," katanya.

SAYS.com
Image via FMT

Aduan sudah dibuat, tapi masih menunggu

Menurut mereka, aduan telah dibuat kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) pada Januari lalu selepas menunggu selama empat bulan tanpa sebarang bayaran. Namun setakat ini isu tersebut masih belum diselesaikan.

Difahamkan, pertemuan antara pihak JTK dan majikan hanya dijadualkan berlangsung pada 17 April depan.

Situasi itu menyebabkan para pekerja terus berada dalam keadaan tidak menentu, lebih-lebih lagi apabila mereka perlu menyara keluarga di kampung halaman.

Lebih membimbangkan, beberapa pekerja mendakwa mereka kini berdepan masalah permit kerja akibat kecuaian majikan.

Menurut jurucakap tersebut, enam pekerja gagal memperbaharui permit kerja, manakala seorang lagi didakwa bekerja selama lapan bulan tanpa visa kerja yang sah.

Keadaan ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan mereka kerana takut dianggap sebagai pekerja tanpa izin.

Selain itu, mereka turut mendakwa majikan mengugut selepas aduan dibuat dengan memaklumkan kontrak lapan pekerja tidak akan diperbaharui.

Rayu supaya pihak berkuasa dan kerajaan campur tangan

Para pekerja kini merayu pihak berkuasa supaya campur tangan bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Mereka berharap majikan dapat menjelaskan tunggakan gaji serta memberikan surat pelepasan supaya mereka boleh mencari pekerjaan lain.

"Kami bukan sahaja perlu menyara keluarga di negara asal, malah masih menanggung hutang yang diambil untuk datang bekerja di Malaysia," katanya.

Sementara itu, jurucakap EVSB, Law Yik Hui, ketika dihubungi memaklumkan syarikat menyedari masalah yang dihadapi pekerja mereka dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyelesaikan isu tersebut.

Menurutnya, syarikat bukan enggan membayar gaji tetapi sedang berusaha menyelesaikan perkara berkenaan mengikut saluran undang-undang.

Beliau juga berkata sepanjang tempoh itu, syarikat telah menyalurkan bekalan makanan serta bantuan kewangan kepada pekerja bagi membantu mereka membeli makanan.

Selain itu, syarikat turut berhubung dengan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh bagi mencari jalan penyelesaian dan memaklumkan bahawa beberapa pekerja telah mencapai persetujuan secara baik serta menarik balik aduan mereka.

"EVSB tetap komited untuk menyelesaikan perkara ini secara bertanggungjawab sambil memastikan kebajikan pekerjanya terpelihara," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: