58 MRSM Seluruh Malaysia Akan Dijaga Warden Sepenuh Masa Mulai 2027

Difahamkan, warden akan diambil dalam kalangan bekas anggota beruniform.

Enlarge text
Cover ImageCover image via NSTP & NSTP / Ghazali Kori
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, mengumumkan mulai tahun 2027, guru di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) tidak lagi menjadi warden

Hal ini berikutan terdapat beberapa guru yang perlu menjadi warden untuk menjaga pelajar yang tinggal di asrama di samping menjadi guru harian di MRSM.

Perkara ini telah menjadi antara bebanan tambahan seorang guru yang terpaksa bertugas sebagai warden, di mana seorang guru sepatutnya hanya mengajar dan mendidik pelajar.

Semua 58 MRSM akan mendapat warden sepenuh masa

Kesemua MRSM di dalam negara akan mendapat warden sepenuh masa daripada kalangan bekas anggota beruniform.

Pengumuman ini telah dibuat oleh beliau di laman Threads.

SAYS.com

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

Image via NSTP / Hazreen Mohamad

"Bermula tahun depan semua 58 MRSM akan ada warden sepenuh masa dikalangan bekas anggota beruniform dengan pemilihan yang ketat dan wajib melalui latihan untuk faham Falsafah Pendidikan MARA.

"Guru-guru tidak perlu lagi terbeban dengan tugas warden, fokus mengajar, mendidik dan kemenjadian pelajar. " katanya.

SAYS.com
Image via @drasyrafwajdi / Threads

Orang ramai juga memberi pendapat masing-masing, majoritinya menyambut baik pengumuman ini.

"Kena ingatkan juga kepada para warden beruniform bahawa MRSM bukan kem askar atau polis , maka berpadalah. Jangan tiba-tiba kejut tengah malam suruh push up lak."

"Ini adalah satu langkah yang baik dan wajar disokong. Warden sepenuh masa boleh mengendalikan disiplin dan pengurusan asrama dengan lebih berkesan, manakala guru pula boleh memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pengajaran. Peranan yang jelas, beban yang berkurang, dan hasil yang lebih baik untuk pelajar."

SAYS.com
Image via NSTP

"Satu inisiatif yang wajar dipuji. Pemisahan tugas akademik dan pengurusan asrama adalah kunci kepada kesejahteraan emosi guru dan kemenjadian pelajar yang lebih holistik. Dengan adanya pemilihan ketat dan latihan Falsafah Pendidikan MARA, kualiti sahsiah pelajar di MRSM pasti akan lebih terjamin di bawah seliaan mereka yang pakar dalam bidang disiplin. Terima kasih Dr."

Menurut laporan di Harian Metro, pada 29 September lepas, projek rintis pelantikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai warden ini bermula di dua MRSM pada Ogos dan berpotensi diperluas ke seluruh negara jika penilaian enam bulan pelaksanaan ini menunjukkan hasil positif.

Pengumuman rasmi dan tarikh perkara ini masih belum diumumkan oleh MARA. Ini adalah perubahan yang bagus untuk memberi peluang kepada guru untuk memfokuskan proses mengajar dan mendidik pelajar.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: