50 Individu Termasuk Penganjur Suami Isteri Program eHATI Bakal Dipanggil Polis
Difahamkan, pihak polis juga sedang menyiasat dakwaan wujudnya minuman dikenali sebagai 'Air Piya' yang didakwa boleh mengkhayalkan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Isu program motivasi rumah tangga eHATI yang tular sejak beberapa hari lalu terus jadi perhatian
Terbaharu, Polis Selangor akan memanggil seramai 50 individu untuk membantu siasatan berhubung program berkenaan.
Menurut laporan Kosmo!, Ketua Polis Selangor iaitu Datuk Hussein Omar Khan berkata, antara yang akan dipanggil termasuklah pasangan suami isteri yang dipercayai penganjur eHATI itu sendiri.

Peserta-peserta program tidak terkecuali, keterangan mereka juga akan diambil
"Kita akan panggil 50 individu namun siapa dan bila mereka akan diambil keterangan, saya tak dapat kongsikan lagi.
"Tetapi keterangan daripada pasangan suami isteri (penganjur program) akan diambil terlebih dahulu," katanya.
Selain soal penganjuran, pihak polis juga sedang menyiasat dakwaan wujudnya minuman dikenali sebagai 'Air Piya' yang didakwa boleh mengkhayalkan.
Menurut Datuk Hussein, buat masa ini sampel air tersebut masih dalam proses siasatan dan belum dihantar ke makmal forensik.
"Kita belum hantar sampel ke makmal forensik lagi. Justeru belum dapat disahkan kandungannya mengandungi bahan-bahan terlarang sehingga mengkhayalkan," katanya lagi.
Sebagai rekod, program eHATI yang dianjurkan di sebuah pusat konvensyen di Selangor pada September tahun lalu menjadi bualan hangat netizen

Ramai menganggap ia melampau dan bercanggah dengan syariat Islam, kerana ada aktiviti yang dikatakan tidak sesuai dalam konteks motivasi rumah tangga.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, sebelum ini berkata perbuatan dalam program itu dianggap keterlaluan dan mencemarkan imej Islam.
JAIS turut membuka siasatan di bawah Seksyen 7, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 berkaitan kesalahan doktrin palsu. Beberapa individu juga akan dipanggil oleh JAIS untuk siasatan lanjut.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 