5 Berita Tentang Kanser Ini Berjaya Disembuhkan, Dicegah & Dikurangkan Risiko

Satu inovasi besar dalam dunia perubatan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via El Mundo & VINMEC
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Minggu ini dunia dikejutkan dengan berita beberapa negara yang berjaya menyembuhkan, mencegah dan mengurangkan risiko kanser

Sejak beberapa tahun ini, terdapat pelbagai cara telah dikaji untuk menyembuhkan kanser dan beberapa negara ini telah berjaya sama ada menyembuhkan, mencegah atau mengurangkan risoko kanser dengan kejayaan besar.

Kajian bidang perubatan kini lebih pantas dan berjaya mengubah landskap bagaimana penyakit-penyakit yang paling sukar dirawat akhirnya berjaya di rawat.

Sebenarnya, beberapa kajian kanser ini telah pun bermula beberapa tahun lepas tetapi telah viral minggu ini di beberapa media sosial.

6 Kanser Yang Berjaya Disembuhkan, Dicegah atau Dikurangkan Risiko

1. Saintis Sepanyol berjaya sembuhkan kanser pankreas

SAYS.com
Image via Diario Medico

Menurut laporan di The Times of India, Seorang saintis bernama Mariano Barbacid bersama pasukannya dari Pusat Kajian Kanser Negara Sepanyol telah berjaya mencipta ubat terapi yang telah membunuh ketumbuhan dalam kanser pankreas tanpa kanser itu datang kembali selepas sesi rawatan.

Pasukan beliau telah berjaya meyembuhkan kanser ini yang telah diuji kaji ke atas seekor tikus dan mendapati tiada ketumbuhan tambahan yang terjadi selepas rawatan.

Mereka kini memerlukan sumbangan sebanyak €30 juta (RM140 juta) untuk menyiapkan Fasa 1 Ujian Klinik untuk fasa seterusnya ke atas manusia pula.

Laporan ujian boleh didapati di Proceedings of the National Academy of Sciences (PNAS).

2. Saintis Korea Selatan berjaya mengubah sel kanser kepada sel sihat

SAYS.com
Image via KAIST NEWS CENTER

Dilaporkan di ecancer, diterajui oleh Prof. Kwang-Hyun Cho, satu pasukan saintis di Korea Advanced Institute of Science and Technology (KAIST) dari Korea Selatan telah berjaya mengubah sel kanser kepada sel asal yang sihat.

Menurut laporan dari Nocilaus Copernicus Superior School (SGMK), jurnal dan kajian ini dalam menjadi revolusi baru untuk terapi kanser.

Sebelum ini kanser menggunakan rawatan lama yang memberi fokus untuk membunuh sel abnormal yang selalunya mempunyai kesan sampingan yang sangat serius termasuk merosakkan sel-sel sihat.

Kaedah yang dibuat oleh pasukan KAIST pula menggunakan model jaringan genetik digital yang membenarkan sel kanser untuk sembuh semula tanpa menghancurkannya.

3.Doktor di Vietnam berjaya merawat kanak-kanak 12 tahun yang menghidap leukemia

SAYS.com
Image via VINMEC

Dilaporkan oleh VINMEC, diterajui oleh Prof. Nguyễn Thanh Liêm dan pasukan doktor Vietnam, mereka telah berjaya merawat seorang kanak-kanak 12 tahun yang mempunyai leukemia.

Buat kanak-kanak itu, leukemia yang dihidapinya telah datang sebanyak dua kali walaupun setelah menjalani rawatan kemoterapi dan pemindahan sumsum tulang.

Mereka berjaya merawat kanser tersebut m1enggunakan sel CAR-T (satu jenis T sel) yang telah diubahsuai khas untuk menyerang kanser tersebut.

Kanser yang dianggap tidak boleh disembuhkan berjaya disembuhkan dan merupakan kes pertama untuk negara Vietnam.

4. Rusia dengan vaksin mRNA untuk kanser

SAYS.com
Image via Sputnik

Menurut laporan dari CNBC, Rusia telah berjaya menunjukkan kejayaan 100% untuk percubaan pra-klinikal bagi vaksin kanser.

Vaksin ini berjaya dibuktikan selamat dan menunjukkan keupayaan untuk berlawan ketumbuhan.

Dikongsikan oleh Sputnik, Veronica Skvortsova Ketua Federal Medical and Biological Agency (FMBA) Rusia mengatakan vaksin ini kini telah bersedia untuk penggunaan klinikal.

"Setiap vaksin akan disesuaikau mengikut pesakit dan direka khas mengikut RNA individu" katanya.

5. Mexico berjaya menghapuskan HPV (Human Papillomavirus) yang berkaitan dengan kanser

SAYS.com
Image via shethepeople

Kajian ini sebenarnya telah pun bermula pada tahun 2019 tetapi pada tahun 2025, HPV disahkan boleh dibasmikan.

Menurut laporan di Endoexcisionforall, Dr. Eva Ramon Gallegos adalah seorang saintis biomedikal dari Instituto Politécnico Nacional (IPN) Mexico telah berjaya menunjukkan keputusan yang memberansangkan.

HPV telah menjadi 99% punca untuk kemunculan kanser serviks di seluruh dunia.

Dr Gallegos menggunakan satu terapi yang digelar terapi fotodinamik dimana satu jenis ubat digelar delta-aminolevulinic acid diletakkan di serviks wanita yang mencari sel-sel rosak dan menjadikan sel-sel itu menyala secara pendarflour.

Sel-sel itu kemudiannya akan dibasmi dengan menggunakan satu laser khas tanpa merosakkan sel-sel sihat disekelilingnya.

Perkembangan dalam bidang perubatan kini tidak lagi terhad kepada beberapa negara besar sahaja, malah Mexico, Korea Selatan, Vietnam, Sepanyol berjaya mencapai inovasi besar dalam menghalang kanser atau menghancurkan sel kanser.

*Artikel ini tidak ditulis oleh profesional yang bertauliah dalam bidang perubatan. Sila dapatkan bantuan dan nasihat perubatan dari golongan profesional.*

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: