4,704 Rakyat Malaysia Berumur 34 Tahun Ke Bawah Diisytihar Bankrap Sejak 5 Tahun Lepas

Difahamkan, majoriti dari mereka ini muflis akibat pinjaman peribadi.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Straits Times & Vocket
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Satu data baru menunjukkan 4,704 warga Malaysia berumur 34 tahun dan ke bawah muflis sejak 5 tahun lepas

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah mengatakan jumlah ini adalah 15% daripada 31,517 kes yang direkodkan sejak tahun 2021.

Menurut laporan dari New Straits Times, Akmal Nasrullah mengatakan situasi ini menunjukkan negara sangat memerlukan pengetahuan literasi kewangan yang lebih meluas.

SAYS.com
Image via NSTP / Najmi Nor'azam

"Kerajaan bukan sahaja perlu menguruskan kegagalan tetapi juga membantu orang ramai untuk keluar daripada kitaran kesusahan kewangan untuk membina semula diri dengan bermaruah," ujar beliau.

Daripada jumlah keseluruhan kes, 14,582 kes adalah disebabkan oleh pinjaman peribadi.

Hampir separuh daripada semua muflis adalah kerana pinjaman peribadi

Baru-baru ini satu program telah dilancarkan iaitu Program Dasar Peluang Kedua 3.0 (DPK 3.0) Pelepasan Fast Track 2025. Program ini mengutamakan ibu atau bapa tunggal, peniaga kecil, mangsa penipuan dan pembeli rumah yang terkesan dengan projek terbengkalai.

Akmal Nasrullah juga mengatakan polisi ini termasuk individu yang berumur 40 tahun ke bawah dengan hutang tidak mencecah RM200,000.

Pada 15 Julai 2023, lebih 14,000 kes muflis melibatkan hutang dibawah RM50,000 kini telah dibantu melalui inisiatif ini.

SAYS.com
Image via New Straits Times / Aswadi Alias

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: