4 Pensyarah UUM Dari Malaysia Kini Diiktiraf Antara Saintis Terbaik Dunia

Syabas dan tahniah diucapkan!

Enlarge text
Cover ImageCover image via UUM Today
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Empat pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya melakar sejarah gemilang apabila tersenarai dalam kelompok 2 peratus saintis terkemuka dunia, sekali gus mengangkat martabat universiti itu di persada antarabangsa

Menurut UUM Today, mereka yang menerima pengiktirafan berprestij tersebut ialah Prof. Ts. Dr. Norazah Mohd Suki dari Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB), Prof. Madya Ts. Dr. Aidi Ahmi dari Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM), Ts. Dr. Siti Khadijah Hubadillah dari Pusat Pengajian Teknologi Pengurusan dan Logistik (STML), serta Ts. Dr. Khairul Hafezad Abdullah dari Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM).

Mengulas mengenai pencapaian itu, Prof. Ts. Dr. Norazah Mohd Suki menzahirkan rasa syukur apabila tersenarai buat kali ketujuh berturut-turut dalam Senarai 2% Teratas Saintis Dunia sejak tahun 2019.

"Tahun ini merupakan penampilan saya yang ketujuh berturut-turut dalam Senarai 2% Teratas Saintis Dunia sejak 2019, dan ia secara tidak langsung mengukuhkan lagi pengaruh serta kepimpinan berterusan saya dalam bidang pengkhususan ini. Di samping usaha dan disiplin diri, saya amat bersyukur kerana dikelilingi oleh ekosistem yang menyokong, daripada pihak universiti, rakan penyelidik, pelajar pascasiswazah, dan keluarga," katanya.

SAYS.com
Image via UUM Today

Sifatkan kejayaan hasil daripada usaha kolektif pelbagai pihak

Sementara itu, Prof. Madya Ts. Dr. Aidi Ahmi menegaskan bahawa pengiktirafan berprestij ini bukan sekadar kejayaan peribadi, sebaliknya merupakan hasil usaha kolektif pelbagai pihak yang sentiasa menyokong perjalanan akademiknya.

"Pengiktirafan ini merupakan cerminan daripada hasil usaha berpasukan, sokongan, dan dorongan berterusan yang saya terima daripada rakan penyelidik, para pelajar, penulis bersama (co-authors) serta rakan kolaborasi (collaborators) yang sentiasa berganding bahu dalam menerbitkan penyelidikan berkualiti," katanya.

Beliau turut menambah bahawa pencapaian ini disifatkan sebagai satu amanah untuk terus melahirkan penyelidikan yang relevan, berimpak tinggi, serta memberi manfaat bukan sahaja kepada dunia akademik, malah juga kepada masyarakat secara keseluruhan.

SAYS.com
Image via UUM Today

Naib Canselor UUM, Prof. Dato' Dr. Mohd Fo'ad Sakdan, turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua penerima pengiktirafan berprestij itu, sambil menegaskan bahawa pencapaian tersebut mencerminkan keupayaan penyelidik UUM dalam melaksanakan kajian bertaraf dunia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

"Kejayaan ini adalah bukti bahawa warga akademik UUM berupaya menghasilkan penyelidikan bertaraf dunia yang memberi impak positif kepada masyarakat, industri dan negara. Universiti akan terus menyokong usaha penyelidikan agar lebih ramai lagi sarjana UUM mendapat pengiktirafan di pentas global. Saya berharap kejayaan ini juga menjadi inspirasi kepada para penyelidik muda untuk terus berusaha gigih mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing," katanya.

SAYS.com
Image via UUM Today
SAYS.com
Image via UUM Today

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: