4 Hari Bertungkus Lumus Pulih Bekalan Di Sabah, Ketua Pegawai SESB Menangis Sebak Hargai Petugas

Beliau tidak dapat menahan sebak ketika menzahirkan penghargaan kepada anggota kerja Sabah Regional Control Centre.

Enlarge text
Cover ImageCover image via TikTok
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), Datuk Ir. Ts. Mohd Yaakob Hj Jaafar, dilihat tidak dapat menahan rasa sebak ketika menyampaikan penghargaan kepada anggota kerja Sabah Regional Control Centre (RCP)

Ia kerana petugas yang sentiasa komited memastikan kelangsungan bekalan elektrik kepada rakyat walaupun berdepan pelbagai kecaman.

Dalam satu siaran langsung di media sosial, beliau menzahirkan pujian terhadap ketabahan serta semangat ditunjukkan oleh petugas-petugas RCP yang terus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, tanpa mengira penat mahupun tekanan yang dihadapi.

"Sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua anggota kerja Sabah RCP yang bekerja tanpa mengira lelah, tanpa menghiraukan segala kutukan dan kritikan ke atas kita.

"Kita abaikan semua itu. Yang penting niat kita untuk bekerja, memastikan dengan daya upaya kita, bekalan elektrik tetap kita sampaikan walau apa pun keadaannya, walau apa pun tohmahan dan kutukan yang diberikan kepada kita," katanya sambil menahan sebak.

SAYS.com
Image via TikTok

Bekalan elektrik Pantai Timur Sabah pulih sepenuhnya

Sementara itu, bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah yang terputus sejak Sabtu lalu akhirnya berjaya dipulihkan sepenuhnya malam tadi, lapor Bernama.

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), Datuk Mohd Yaakob Jaafar, berkata gangguan bekalan yang berpunca daripada kerosakan talian penghantaran 275kV Kolopis-Segaliud telah dapat diatasi, dengan sistem kembali beroperasi pada jam 10.20 malam.

"Terima kasih kepada semua wira di lapangan dan di belakang tabir yang bekerja tanpa mengenal penat lelah bagi memastikan pemulihan ini dapat dilaksanakan, serta kepada pengguna atas kesabaran dan sokongan sepanjang tempoh cabaran ini,"
katanya.

SAYS.com
Image via Mohd Adam Arinin/ Harian Metro

Pada Sabtu lalu, kawasan Pantai Timur Sabah mengalami gangguan bekalan elektrik selepas dua talian penghantaran 275kV Kolopis-Segaliud terputus berikutan insiden menara tumbang akibat tanah runtuh di Kampung Kolopis, Penampang.

Sabah Electricity dalam kenyataannya memaklumkan bahawa menara gantian telah berjaya didirikan dan dioperasikan, sekali gus memastikan bekalan elektrik kembali disalurkan ke kawasan Pantai Timur.

Talian penghantaran tersebut berperanan penting menghubungkan Kampung Kolopis di Pantai Barat Sabah dengan Segaliud di Sandakan, Pantai Timur Sabah, bagi menjamin kestabilan dan kesinambungan bekalan elektrik di kedua-dua wilayah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik