33 Universiti Di Malaysia Catat Pencapaian Membanggakan, Tersenarai Dalam QS Sustainability 2026

Sebanyak 17 universiti juga telah mencatatkan peningkatan kedudukan berbanding tahun sebelumnya.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sektor pendidikan tinggi Malaysia terus mempamerkan prestasi membanggakan apabila 33 universiti tempatan telah berjaya menempatkan diri dalam edisi terbaru QS World University Rankings: Sustainability 2026

Menerusi laporan Berita Harian, QS World University Rankings: Sustainability berfungsi sebagai instrumen penilaian komprehensif terhadap sejauh mana universiti-universiti proaktif dalam menangani cabaran alam sekitar dan sosial global yang mendesak.

Metrik penilaian yang digunakan adalah selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Daripada keseluruhan universiti yang tersenarai, 17 universiti telah mencatatkan peningkatan kedudukan berbanding tahun sebelumnya.

Sementara itu, 11 universiti mengalami sedikit penurunan dalam penarafan, manakala satu institusi berjaya mengekalkan kedudukannya yang sedia ada.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Utusan Malaysia

Universiti Malaya (UM) menduduki tempat ke-166 daripada 2,001 institusi

Universiti Malaya (UM) berjaya menduduki tangga ke-166 daripada keseluruhan 2,001 institusi yang dinilai.

Kedudukan ini meletakkannya dengan teguh dalam sembilan peratus teratas universiti paling mampan di peringkat global, dan sebagai universiti ke-16 terbaik di Asia.

UCSI University, yang tersenarai di kedudukan ke-334 secara keseluruhan, mempamerkan prestasi unggul dalam indikator Kelestarian Alam Sekitar (Environmental Sustainability), dengan meraih kedudukan yang sangat tinggi iaitu tempat ke-18 di dunia.

Pada masa yang sama, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang berada di kedudukan keseluruhan ke-208, turut mencatatkan pencapaian terbaik dalam indikator Kelestarian Alam Sekitar yang sama, dengan menempatkan diri di kedudukan ke-71.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Antara 17 universiti tempatan yang menunjukkan peningkatan kedudukan dalam penarafan berbanding tahun sebelumnya termasuk:

  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Taylor's University
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)


Universiti Lund dari Sweden telah melonjak ke tangga teratas, buat pertama kali sejak penarafan ini diperkenalkan pada tahun 2023.

Sementara itu, University of Toronto, yang pernah dinobatkan sebagai universiti terbaik dunia dalam kategori kelestarian pada tahun 2024 dan 2025, kini menduduki tempat kedua.

Turut mencuri tumpuan ialah UCL (United Kingdom), yang menunjukkan peningkatan prestasi dengan melonjak dua anak tangga untuk berada di kedudukan ketiga dunia.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Tahun ini, penarafan tersebut telah diperluaskan secara signifikan, melibatkan sebanyak 2,001 universiti yang tersenarai merentasi 106 sistem pendidikan tinggi.

Jumlah ini merupakan peningkatan ketara berbanding kira-kira 1,750 universiti pada edisi sebelumnya. Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara dengan penyertaan terbanyak (240 universiti), diikuti oleh China (163), United Kingdom (109), India (103), dan Perancis (76).

Metodologi QS Sustainability 2025 menetapkan penilaian universiti berdasarkan tiga kategori utama yang diberikan pemberatan hampir sama. Kategori pertama, Impak Alam Sekitar (Environmental Impact), menyumbang 45 peratus daripada keseluruhan markah.

Bahagian ini mengukur komitmen universiti terhadap kelestarian, pendidikan, dan penyelidikan berkaitan alam sekitar.

Kategori kedua, Impak Sosial (Social Impact), turut menyumbang 45 peratus.

Ia merangkumi skop yang luas seperti kesaksamaan, pertukaran pengetahuan, kesan pendidikan, kebolehpasaran graduan, serta kesihatan dan kesejahteraan komuniti.

Baki 10 peratus penilaian diperuntukkan kepada kategori Tadbir Urus (Governance), yang menilai aspek etika, ketelusan, amalan pengambilan pekerja, dan kecekapan proses membuat keputusan institusi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: