3 Pasangan Dari Malaysia Dilaporkan Bernikah Di Narathiwat, Thailand Setiap Hari
Difahamkan, kebanyakan pasangan datang sendiri untuk berkahwin.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Lebih 800 pasangan Malaysia berkahwin di Selatan Thailand sepanjang tahun lepas di mana majoritinya adalah untuk berpoligami
Menurut laporan dari Berita Harian, Timbalan Presiden Majlis Agama Islam Narathiwat, Abdul Aziz Che Mamat berkata selain poligami, kebanyakan pasangan yang berkahwin adalah kerana tidak mendapat restu dari keluarga mereka.
Mereka terpaksa berkahwin di Thailand untuk mengelak dari masalah keluarga yang dihadapi.
"Dianggarkan kira-kira tiga pasangan dari Malaysia berkahwin di Majlis Agama Islam Narathiwat setiap hari iaitu jauh berkurangan berbanding tahun lalu kira-kira tujuh hingga sembilan pasangan setiap hari." katanya.
Kebanyakan pasangan datang sendiri untuk berkahwin atau menggunakan ejen
"Kekurangan pasangan dari Malaysia yang datang berkahwin di sini ketara sejak penutupan sempadan Disember 2024 yang dilaksanakan oleh polis Kelantan. Ini kerana mungkin mereka mempunyai masalah untuk membuat pasport atau sebagainya," tambahnya lagi.
Menurut Abdul Aziz, pejabat di Golok dan Takbai juga telah ditutup dan pasangan yang mahu berkahwin perlu terus pergi ke Majlis Agama Islam Narathiwat.

Ada pasangan yang datang dengan wali dan bagi pasangan yang tidak mempunyai wali boleh berkahwin dengan imam di Golok dan Takbai.
Caj yang dikenakan untuk pengantin dari Malaysia adalah sebanyak 5,200 baht (RM660) yang jauh lebih murah daripada menggunakan khidmat ejen yang boleh mencecah lebih RM2,000.

Abdul Aziz juga memesan untuk sentiasa berjaga-jaga bagi mencari ejen nikah yang dipercayai kerana imam yang bertauliah sahaja boleh membuatkan perkahwinan itu sah.
Majlis Agama Islam Narathiwat hanya akan menguruskan perkahwinan bagi pasangan yang mempunyai butiran dan dokumen lengkap sahaja dan tidak akan menikahkan pasangan bawah umur.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 