17 Februari Ini Ditetapkan Sebagai Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadan

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengumumkan tarikh permulaan puasa melalui radio dan televisyen.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Utusan Malaysia
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah memaklumkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Ramadan bagi tahun 1447 Hijrah ditetapkan pada petang Selasa, 17 Februari ini, yang bersamaan dengan 29 Syaaban 1447 Hijrah

Arahan tersebut merupakan titah perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim setelah mendapat perkenan daripada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Berdasarkan kenyataan tersebut, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dijadualkan mengumumkan tarikh bermulanya ibadah puasa pada malam itu menerusi saluran radio dan televisyen.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Ramadan ialah pada petang Selasa, 17 Februari 2026 Masihi bersamaan 29 Syaaban 1447 Hijrah," menurut kenyataan itu.

SAYS.com
Image via NSTP/Ghazali Kori

Anak bulan Ramadan boleh dilihat di 29 lokasi seluruh negara

Kenyataan tersebut menjelaskan bahawa jawatankuasa berkaitan telah diperkenankan untuk mencerap anak bulan Ramadan di 29 lokasi seluruh negara.

Antara lokasi di semenanjung melibatkan Baitul Hilal Pontian, Kompleks Falak Al-Khawarizmi Melaka, Telok Kemang di Negeri Sembilan, serta Bukit Melawati, Bukit Jugra dan Balai Cerap Selangor.

Di utara dan pantai timur, cerapan dilakukan di Pantai Pasir Panjang Perak, Pusat Falak Sheikh Tahir Pulau Pinang, serta beberapa lokasi di Kedah termasuk Menara Alor Setar dan Pulau Langkawi, manakala di Terengganu dan Kelantan meliputi Bukit Besar, Pulau Perhentian, KUSZA, Bukit Peraksi dan Menara SEDC.

Bagi Sabah dan Sarawak, lokasi yang ditetapkan adalah Pusat Falak Miri, Teluk Bandung, Bintulu serta Balai Cerap Al-Biruni Tanjung Dumpil.

Di Pahang pula, cerapan dibuat di Bukit Tanjong Batu, Gunung Berincang dan Menara Kuantan 188. Turut tersenarai adalah Menara Universiti Malaysia Sabah Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Masjid Al-Hussain di Kuala Perlis.

SAYS.com
Image via Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: