1,600 Jemaah Umrah Malaysia Kini Terkandas Di Arab Saudi Susulan Konflik Asia Barat
Satu bilik operasi pemantauan 24 jam kini telah dibuka untuk memantau situasi.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kira-kira 1,600 jemaah umrah Malaysia kini dilaporkan terkandas di Arab Saudi
Ini adalah susulan dari pembatalan serta gangguan operasi beberapa syarikat penerbangan akibat konflik yang melanda Asia Barat ketika ini.
Kenyataan ini telah dibuat oleh Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah iaitu Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir.
"Alhamdulillah, mereka berada dalam keadaan baik dan situasi di Arab Saudi terutama Makkah, Madinah dan Jeddah juga sangat baik tanpa sebarang insiden yang tidak diingini," katanya.
Kebanyakan jemaah terkandas telah dijadualkan pulang ke tanah air
Menurut Tengku Mohd Dzaraif, kebanyakan jemaah ini dijadualkan pulang menggunakan penerbangan Malaysia Airlines serta beberapa syarikat penerbangan lain seperti Qatar Airways, Emirates dan Etihad.
Masih terdapat penerbangan terus dari Jeddah ke Kuala Lumpur melalui Saudia Airlines serta AirAsia yang masih beroperasi tetapi dengan kekerapan terhad.
"Ramai jemaah mengambil inisiatif sendiri atau diuruskan oleh ejen pelancongan untuk menukar penerbangan kepada Saudia Airlines, dan beberapa kumpulan telah berjaya pulang ke Malaysia.
"Malaysia Airlines juga telah bermurah hati menyediakan penginapan kepada jemaah yang sepatutnya pulang menggunakan syarikat itu," tambah beliau lagi.
Satu bilik operasi pemantauan 24 jam kini telah dibuka untuk memantau situasi serta menyalurkan bantuan kepada rakyat Malaysia yang terjejas.
Sementara itu, terdapat 19 pelajar Malaysia yang terkandas di Jeddah akibat penutupan ruang udara di Jordan dan mereka semua telah diberikan penempatan sementara di konsulat dan servis apartment yang telah diusahakan.
"Buat masa ini, kita masih membuat penilaian berdasarkan situasi semasa. Syarikat-syarikat penerbangan juga sedia maklum tanggungjawab mereka dan sedang berusaha mencari jalan penyelesaian untuk menyambung semula operasi," katanya lagi.
Situasi yang tidak menentu telah memberi kesan kepada jadual penerbangan ke dan dari beberapa hab utama di Asia Barat yang terpaksa membatal atau menjadualkan semua penerbangan atas faktor keselamatan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 