15 Wakil Malaysia Sertai Misi Kapal Flotila Ke G, Bawa Bantuan & Mesej Kemanusiaan

Lebih 1,000 peserta dari 44 negara termasuk 15 wakil dari Malaysia akan menyertai misi ini.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sumud Nusantara Official
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebanyak 24 kapal flotila dari Pelabuhan Barcelona, Sepanyol ke Gaza semalam demi membawa mesej kemanusiaan dan bantuan yang disertai lebih 1,000 peserta dari 44 negara termasuk 15 wakil dari Malaysia

Kenyataan dari Sekretariat Sumud Nusantara mengatakan delegasi Malaysia diterajui oleh Cinta Gaza Malaysia (CGM), MAPIM Malaysia dan CInta Salam Malaysia bersama rakan-rakan NGO juga menyertai misi Global Sumud Flotila (GSF).

Menurut laporan dari Bernama, misi ini diwujudkan demi menuntut pembukaan laluan bantuan dan penghentian atas serangan ke atas Gaza.

Datuk Sani Araby merangkap Chef de Mission Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia menyatakan sokongan untuk perjuangan ini.

SAYS.com
Image via Sumud Nusantara OfficialImage via


"Delegasi Malaysia disambut penuh hangat oleh masyarakat antarabangsa ketika Jalur Gemilang berkibar di Barcelona.
" – Datuk Sani Araby Chef de Mission Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia

Misi flotila ini adalah bukti dunia bangkit bertindak dan bukan hanya berbicara tambahnya lagi.

Ketua Pengarah Sumud Nusantara merangkap Jawatankuasa Induk GSF, Nadir Al-Nuri menegaskan misi ini adalah salah satu daripada arus kebangkitan global menolak pengepungan Gaza.

SAYS.com
Image via Sumud Nusantara OfficialImage via Image via Sumud Nusantara Official



"Dari Barcelona hingga Kuala Lumpur, dari Asia Tenggara hingga seluruh dunia, kita mesti bersatu menuntuk hak yang sama iaitu hentikan kebuluran segera, hentikan perang Gaza dan buka koridor kemanusiaan di Rafah," katanya.

Beliau juga mengatakan inilah masanya rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa bangun di kesemua peringkat untuk memberikan sokongan dan tekanan terhadap rejim Zionis.

Masa seterusnya untuk misi ini akan menyaksikan 15 delegasi Malaysia kumpulan kedua untuk berlepas dari pelabuhan Itali pada 4 September ini.

SAYS.com
Image via Sumud Nusantara Official


Pada masa yang sama satu lagi delegasi Malaysia akan bertolak dari Tunisia.

Global Sumud Flotila menggabungkan kesemua delegasi dari benua Asia, Eropah, Afrika, Amerika Latin dan Timur Tengah di mana semua delegasi akan menekankan prinsip tanpa keganasan sebagai simbol solidariti dunia.

@sumudnusantaraofficial

Inilah wajah-wajah yang bakal melakarkan sejarah membelah laut samudera untuk memecahkan kepungan di Gaza. 1. Musa Nuyawri – @musanuwayri 2. Haroqs – @haroqs 3. Sul Aidil – @sul_aidil 4. PU Rahmat – @rahmat.sumud.nusantara 5. Zizi Kirana – @zizi_kirana 6. Haikal Luqman – @haikalluqman_ 7. Ardell Aryana – @ardellaryana 8. Rusydi Ramli – @rusydibaikhati 9. Lia Maryam – @_afrahulruh 10. Johan Muhammad 11. Muhammad Haikal – @muhaikalllll 12. Muhammad Muaz – @_muazzainal 13. Iylia Balqis – @iyliabqs 14. Razali Awang 15. Zulfadhli Khiruddin – @zulfadhlikhiruddin Ingatlah wajah-wajah ini. Kenanglah setiap nama mereka. Ttitipkan doa buat mereka, moga Allah menjaga setiap langkah mereka! #sumudnusantara #breakthesiege #nusantaraforgaza #fypシ゚ #fyp

♬ original sound – Sumud Nusantara Official – Sumud Nusantara Official

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: