14 Rumah Setinggan & 4 Kedai Termasuk Mydin Mart Musnah Dalam Kebakaran Di Pantai Dalam

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malam tadi, suasana di Pantai Dalam bertukar panik apabila kebakaran besar memusnahkan 14 rumah setinggan dan empat premis kedai, termasuk Mydin Mart dan Pasaraya Karnival

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai, Wan Mohd Shahrir Azizi Wan Said berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS999 pada jam 11.11 malam.

Beliau memaklumkan, api yang marak memusnahkan kira-kira 80% kawasan perumahan seluas anggaran 0.074 hektar, manakala kawasan premis kedai terbakar seluas 0.223 hektar.

SAYS.com
Image via Berita Harian
SAYS.com
Image via Berita Harian

Untuk memadamkan kebakaran itu, tiga unit Fire Rescue Tender (FRT), dua unit Water Tanker (WT) dan satu unit Aerial Ladder Platform (ALP) telah dikerahkan bersama 36 anggota bomba dari BBP Pantai, BBP Hang Tuah, BBP Seputeh dan BBP Sri Hartamas

"Bahagian atas Pasaraya Karnival musnah 100 peratus dan tingkat bawah Mydin Mart terbakar 20 peratus, manakala tiga kedai lain bersebelahan mengalami kemusnahan 90 peratus setiap satu.

"Tiada mangsa dilaporkan cedera dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.49 pagi,"
katanya.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: