14 Jalan Sekitar Putrajaya Ditutup Untuk Raptai & Sambutan Hari Kebangsaan Dari 26 Hingga 31 Ogos
Lebih 100,000 pengunjung dijangka hadir ke sambutan kemerdekaan tahun ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebanyak 14 jalan utama di Putrajaya akan ditutup bermula 26 hingga 29 Ogos bagi memberi laluan kepada raptai sambutan Hari Kebangsaan ke-68
Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus memaklumkan penutupan jalan ini akan berlangsung dari jam 6 pagi hingga 12 tengah hari pada ketiga-tiga hari tersebut.
Antara jalan yang terlibat ialah:
– Lebuh Wawasan/Persiaran Perdana
– Jalan Tun Razak/Lebuh Bestari
– Jalan Tun Razak/Jalan P2K
– Jalan Tun Razak/Jalan Pembangunan
– Jalan Tun Razak/Jalan P3C
– Jalan Tun Razak/Jalan P3F
– Jalan Tun Razak/Jalan Kemerdekaan
– Lebuh Setia/Jalan Perpaduan
– Lebuh Saujana/Persiaran Perdana
– Lebuh Setia/Jalan Tun Hussein
– Jalan Kemerdekaan/Jalan Tun Hussein
– Jalan Pembangunan/Jalan Tun Hussein
– Lebuh Bestari/Jalan Tun Hussein
– Dataran Putra/Persiaran Perdana

Semua akses ke pulau teras Putrajaya ditutup dari 29 hingga 31 Ogos
Bermula 10 malam, 29 Ogos hingga 31 Ogos, semua jalan menghala ke Pulau Teras Putrajaya akan ditutup sepenuhnya bagi perarakan Hari Kebangsaan.
Jalan yang terlibat adalah:
– Lingkaran Putrajaya/Jambatan Saujana
– Lebuh Sentosa/Lebuh Wawasan
– Lampu isyarat Lebuh Wawasan/Jambatan Wawasan
– Susur Lebuh Sentosa/Lebuh Wawasan
– Lampu isyarat Lebuh Wawasan/Jalan P8H
– Bulatan Salahuddin/Dataran Perdana
– Lampu isyarat Lebuh Bestari/Jalan Tun Hussein
– Lampu isyarat Jalan Pembangunan/Jalan Tun Hussein
– Lampu isyarat Jalan Kemerdekaan-P18/Jalan Tun Hussein
– Lampu isyarat Lebuh Setia/Jalan Tun Hussein
– Lampu isyarat Lebuh Saujana/Jalan Tun Hussein
– Lampu isyarat Lingkaran Gemilang Satu/Persiaran Perdana
– Lampu isyarat Lebuh Gemilang/Persiaran Perdana–Jambatan Gemilang
– Lebuh Sentosa/Jambatan Saujana

Polis nasihatkan orang ramai datang awal & guna shuttle percuma
Lebih 100,000 pengunjung dijangka memeriahkan perarakan Hari Kebangsaan kali ini. Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal, tiba sebelum waktu penutupan, dan menggunakan perkhidmatan bas shuttle percuma yang akan beroperasi setiap 15 minit dari tiga lokasi berbeza ke Dataran Putrajaya.
Sebanyak 2,708 anggota dan pegawai turut dikerahkan bagi memastikan keselamatan serta kelancaran trafik sepanjang sambutan berlangsung.
Lihat hantaran di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 