13,779 Calon SPM 2025 Dapat Semua A – “Tahniah Kepada Semua Calon!”

Difahamkan, keputusan cemerlang itu meningkat berbanding tahun 2024.

Enlarge text
Cover ImageCover image via NSTP & Kosmo!
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 mencatatkan pencapaian lebih baik tahun ini berbanding tahun 2024

Pencapaian ini lebih baik dengan Gred Purata Kebangsaan (GPK) 4.42, berbanding 4.49 tahun 2025.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad, mengatakan seramai 13,779 calon memperoleh keputusan cemerlang iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran pada 2025.

Tambahan lagi, seramai 376 calon berjaya memperoleh keputusan semua A+ berbanding 352 calon pada tahun 2024.

Peningkatan bilangan calon kepujian atau Gred C dalam semua mata pelajaran pada 2025

"Bilangan calon yang mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau Gred C dalam semua mata pelajaran pada 2025 turut menunjukkan peningkatan 1.03 peratus, iaitu seramai 92,347 berbanding 86,040 calon pada tahun sebelumnya," katanya beliau.

Selain itu, sebanyak 94.29% calon SPM 2025 layak untuk mendapat sijil iaitu seramai 366,435.

SAYS.com

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad

Image via Harian Metro / Mohd Fadli Hamzah

"Bagi calon sekolah KPM (Kementerian Pendidikan), seramai 329,272 orang atau 94.51 peratus layak dianugerahkan sijil SPM tahun 2025.

"Jumlah itu meningkat berbanding 319,016 atau 94.20 peratus calon SPM 2024,"
katanya.

Tahniah diucapkan kepada semua calon SPM 2025, langkah seterusnya dalam kehidupan kini sudah bermula.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: