12 Tan KitKat Dirompak Di Eropah, 413,793 Batang KitKat Hilang
Difahamkan, trak yang membawa produk tersebut dirompak ketika penghantaran.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dua belas tan batang KitKat telah dirompak di Eropah pada minggu lepas
Dilaporkan oleh Reuters, pengesahan rompakan ini diumumkan oleh Nestle sendiri pada Sabtu lepas.
Nestle mengatakan trak yang membawa 413,793 batang KitKat dirompak di pertengahan Itali ketika dalam penghantaran ke seluruh Eropah.
Trak tersebut tidak berjaya sampai ke destinasi terakhirnya di Poland.

Trak yang dirompak tidak diberitahu Nestle secara terperinci
Nestle setakat ini tidak memberikan maklumat terperinci mengenai di mana trak itu dirompak dan hilang.
Dalam kenyataan berbeza, KitKat mengatakan batang-batang coklat yang hilang itu boleh dikesan dengan kod unik untuk pengeluaran itu.

"Sesiapa yang dikesan mengimbas coklat yang dicuri itu akan diberi arahan oleh KitKat untuk menghubungi mereka," kata KitKat.
Kitkat juga membuat kenyataan ini di laman X mereka.

"Kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak penguasa tempatan dan rakan pengeluar rantaian bekalan untuk siasatan lanjut," katanya lagi.
Kitkat juga mengesyorkan keselamatan pengguna dan bekalan KitKat tidak akan terjejas untuk Eropah.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 